1 September 2012

Tahnik

Tahnik bermaksud mengunyah buah kurma atau buah yang seumpama (lazimnya kurma) dan kunyahan itu dimasukkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir dengan menggunakan jari dan mengggerakkan ke kanan dan kiri lelangit bayi. Amalan ini merupakan satu sunnah Rasullah saw sebagaimana dijelaskan di dalam beberapa buah hadis.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari: "Anak lelakiku baru sahaja dilahirkan, lantas aku membawanya kepada Rasullah saw. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu metahniknya dengan kurma dan memohon keberkatan baginya. Setelah itu Baginda menyerahkannya semula kepada ku". (riwayat al-Bukhari no 5467 dan Muslim no. 2145)

Ancaman Kepada Bayi
Saat bayi dilahirkan ke dunia, mereka telah berpindah dari satu alam ke alam yang lain,  iaitu dari rahim ke alam dunia. Mereka terdedah kepada pelbagai kesakitan sebaik sahaja dilahirkan seperti kesejukan, hepatitis B dan kesakitan daripada proses kelahiran kerana saluran yang sangat sempit. Selain itu mereka terdedah kepada ancaman hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah) kerana bekalan gula dalam badan mereka terlalu sedikit. Jika seseorang bayi mempunyai berat badan yang kecil, semakin kecil kandungan gula dalam darah mereka. Biasanya mereka mempunyai sekitar 20-30ml0/100ml paras gula dalam darah. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang agak bahaya kerana bayi akan terdedah kepada serangan hipoglisemia yang boleh akibatkan kekejangan, tidak sedarkan diri, gangguan saraf, lemah otak dan lebih bahaya lagi boleh sebabkan kematian.

Kelebihan Tahnik
Setiap amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasullah saw mempunyai maksud yang amat tinggi nilainya.  Perkembangan bidang neonatalogi (bidang mengenai bayi yang baru dilahirkan) telah membuktikan dengan meletakkan sedikit manisan ke dalam mulut bayi akan memberi manfaat yang sangat besar kepada mereka.

Apabila seseorang bayi dilahirkan  segala keperluan pemakanan yang dibekalkan  oleh ibunya  melalui tali pusat akan terputus. Dalam masa yang sama, dia memerlukan tenaga untuk mengelak masalah di atas. Sesetengah ibu terutama yang melahirkan anak sulung, mereka mengalami masalah kekurangan susu dan kadang-kadang susu hanya dapat dikeluarkan sehingga hari ke-3.

Amalan sunnah mengtahnikkan bayi yang baru lahir dengan kurma memiliki hikmah yang tidak terkira nilainya. Kurma ialah sejenis buah yang kaya dengan peratusan gula (sekitar 70-80%). Ia mengandungi kedua-dua jenis gula iaitu glukosa dan fruktosa.  Ia amat cepat dicerna dan sangat berkhasiat untuk otak. Melumatkan kurma dengan mulut dan bercampur dengan air liur menjadikan ia semakin mudah untuk dicerna kerana air liur mengandungi enzim amilase yang membantu pencernaan gula kompleks kepada gula yang ringkas dan lebih mudah dicerna. 

Amalan tahnik merupakan satu cara pencegahan kepada hipoglisemia dan mengubati kesakitan kepada bayi yang sangat penting yang diajarkan oleh Rasullah saw kepada kita. Tiada ada sesiapapun yang mengetahui hal ini sehinggalah pada hari ini manusia menemui bahaya kekurangan gula pada bayi. Wallahu a'lam.

Rujukan
Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib
Lulusan Universiti Malaysia Sarawak kini bertugas sebagai pegawai perubatan di Jabatan Pembedahan Am, Hospital Selayang. Merupakan Ahli Pemeriksa Kesihatan Jemaah Haji bagi tahun 2009.

Rujukan Majalah SOLUSI isu 27

Sedikit Info Bagi Bayi Pra-Matang
Sesungguhnya disunnahkannya tahnik kepada bayi adalah obat sekaligus tindakan preventif yang memiliki fungsi penting yang sangat, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad Shalallaahu alaihi wasalam secara medis dimana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi.

Dan sesungguhnya bayi yang baru lahir, apalagi jika lahir premature, tanpa diragukan lagi sangat membutuhkan solusi cepat, yaitu memberikan zat gula. Dan rumah sakit-rumah sakit pun kini memberikan kepada bayi dan anak-anak glukosa agar dihisap oleh sang bayi atau anak kecil langsung setelah lahir, kemudian baru setelah itu, mulailah sang ibu menyusuinya.

Sesungguhnya hadits-hadits Nabi Shalallaahu alaihi wasalam yang mulia yang berkenaan dengan tahnik menjadi pintu pembuka cakrawala pengetahuan dunia dalam hal menjaga dan merawat anak atau bayi, khususnya bayi lahir premature.

Premature adalah diantara penyakit yang sangat berbahaya, karena sang bayi memiliki kandungan kadar gula glukosa yang sangat kecil dalam darahnya. Jika diberikan kepadanya zat gula yang siap diserap olehnya, maka itu adalah solusi yang terbaik dan selamat dalam keadaan darurat semacam ini. Tahnik kurma juga sekaligus menjadi mukjizat kenabian Muhammad Shalallaahu alaihi wasalam secara medis, padahal hal itu tidak pernah diketahui sebelumnya, baik pada zaman beliau hidup ataupun pada zaman-zaman sekarang, kecuali setelah dilakukannya sejumlah penelitian pada abad 20-an ini.

Kredit to NABIMUHAMMAD.info

Ulasan
Susu ibu adalah yang terbaik di dunia yang Allah telah ciptakan dengan nutrisi yang lengkap kepada setiap wanita untuk bayi kita. Setiap amalan dan sunnah Rasullah saw pasti ada sebabnya yang harus kita kaji. Kita terlalu fokus dan mengejar misi penyusuan eksklusif seperti tiada sebarang air/makanan yang masuk ke perut bayi berusia yang 6 bulan ke bawah hinggakan amalan mentahnik dan menyuakan sedikit air zam-zam menjadi pertikaian ibu-ibu. Dek kerana nak mengejar title "penyusuan eksklusif" yang Barat ajar kita lupa ikut amalan agama kita. Amalan ini bukan untuk mengenyangkan bayi pun tetapi ia adalah satu sunnah Rasullah saw yang patut kita ikut. Tahukah anda satu kajian telah dibuat atas tajuk Analgestic Effect of Sucrose in Full Term Infants: Randomised Controlled Trial (kesan pengurangan kesakitan oleh gula sukrosas pada bayi) oleh sekumpulan saintis di England. Kajian ini telah disiarkan  dalam The Independent Newspaper (Jun 1995) dan British Medical Journal (Barat juga yang kaji pastu orang Islam ikut sedangkan kita orang Islam tidak mahu mengkaji).

Nota: saya bukan suruh ibu-ibu baru perkenalkan makanan kepada bayi seawal mungkin cuma nak sebarkan amalan dan sunnah Rasullah saw yang bagus untuk kita ikut. Lepas ni jangan ada pertikaian anak aku ni eksklusif ke fully selepas dah bagi kurma atau air zam-zam yang penting beri susu ibu kepada anak semampu mungkin

Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan