15 Februari 2012

Kebaikan Pil Perancang

Sumber daripada alamhamil.com
Terdapat banyak kebaikan pill perancang yang tidak diketahui oleh wanita. Pill selalunya membawa persepsi yang buruk kerana ia dikaitkan dengan kenaikan berat badan, loya, muntah, perubahan libido dan sebagainya. Walaubagaimanapun kesan sampingan jarang berlaku sekarang disebabkan oleh dos yang ada sangat rendah berbanding dengan dahulu. 

Pil bukan sahaja efektif dalam mencegah kehamilan, ia juga boleh:
  • Mengurangkan sakit segugut
  • Merawat jerawat dan kulit berminyak
  • Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  • Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  • Membantu mengurangkan aliran darah haid.
  • Mengurangkan ovarian cyst
  • Mengurangkan risiko barah ovari
  • Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
  • Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
  • Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
  • Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
  • Boleh mengawal kedatangan haid
Tidak semua wanita sesuai memakan pil perancang. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui samada anda calon yang sesuai menggunakan kaedah pencegah kehamilan ini.

Untuk makluman dahulu saya  mengambil Depo Injection untuk 3 bulan sekali dan hanya perlu keluarkan RM40 sahaja. Ia tidak effect kepada susu badan bahkan saya tidak merasai kesan buruk daripada suntikan ini. Sebelum ini, semasa anak pertama saya memang dah biasa guna Depo Injection ni. Patutlah muka saya licin rupanya makan perancang hehehe.

nota peringatan : tidak digalakkan untuk mengambil perancang terlalu lama ye kerana saya mengalami kenaikan berat badan mendadak dan baru sahaja stop di atas advise Doktor dan saya noticed yang muka saya mulai di'hurungi' jerawat huwa huw.


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

4 ulasan:

  1. salam Mama Anis & Aisyah,

    saya mengambil injection depo dan sudah 6 bulan berhenti, namun period belum regular, ie datang 2 kali sebulan, lambat datang..doc cakap hormon belum cukup stabil..dulu selepas Mama Anis & Aisyah berhenti ambil injection depo, berapa lama masa diperlukan sebelum boleh hamil lagi? sekarang dah ready untuk pregnant..any advice for me?

    terima kasih
    - Siti

    BalasPadam
  2. Salam SWAWN,

    Actually selepas saya berhenti hujung tahun lepas memang saya ada masalah untuk mendapatkan semula period yg mana lebih kurang 3-4 bulan juga tak didatangi period dan selepas itu period saya mulai kelam-kabut di mana setiap bulan datang tetapi setiap bulan akan lewat seminggu lebih. Saya amalkan suplemen yang mana ia membantu untuk kesuburan, mengaturkan semula kitaran period dan yang paling saya suka ia hilangkan senggugut saya. Setelah saya konsisten amalkan suplemen itu saya positif pregnant bulan 7 baru2 ini walaupun period saya mmg tak regular. Sebab tujuan saya ambil untuk turunkan period sbb planning nak pregnant. Sebenarnya ia ikut badan kita juga...yg penting kena berusaha dan sabar.

    BalasPadam
  3. terima kasih atas respon :)

    boleh tahu apa supplemen tu? saya dah berhenti injection awal bulan 3 tahun ni, selepas berhenti period xdatang hampir 2 bulan, ingatkan pregnant rupanya tak..pastu period datang 2 kali sebulan, then ok jap (datang period on time) pastu delay pulak bulan ni dalam 2 minggu..boleh saya tahu apakah suplemen yang diambil? lepas kahwin trus inject sebab kena berkursus selama setahun & tak boleh pregnant..sekarang berusaha untuk pregnant..

    BalasPadam
  4. Saya amalkan Shaklee GLA Complex sehari 2 biji, saya sendiri mmg ahlinya, jika berminat boleh beritahu, mana tahu usaha ini membuahkan hasil...Insyaallah.

    BalasPadam