17 Disember 2013

Aktiviti-Aktiviti Merestock Qaseh Gold


Kerlass kan...semua WANITA-WANITA BESI yang berani berniaga berbanding kaum ADAM
 

 
 Di awal-awal masa nak jadi STOKIS, sekarang semua dah jadi STOKIS masyukkk
 
 
Tengah isi minyak sempat merempit restock barang Qaseh Gold produk terlajak malatops!
Mat Bangla tu pelik tengok aku kan berposing kat petrol pam hi hi

 
Menyampaikan amanat tepi jalan, salah sorang RANIA saya hi hi


Adek manis cik Auni Maisarah bergambar dengan Ustaz Haslin aka Ustaz Bollywood semasa program menjadi SPECIALIST PENYUSUAN di Ana Edar
 
 
 
 
Jika ANDA mahu menjadi ekonomi + tambah pendapatan di Qaseh Gold jemput untuk berWhatsApp dengan saya di 012-3202573

22 Ogos 2013

Pengedar Qaseh Gold

 Stock masa memula join Ana Edar

Model Junior tidak rasmi
 
 
Assalammualaikum semua
 
Secara rasminya saya adalah pengedar Ana Edar yang mana ia menjual produk-produk yang mengandungi pemakanan sunnah yang diadunkan di dalam satu bahan iaitu Qaseh Gold. Ramai yang kurang jelas apa itu Qaseh Gold. Antara kandungan yang terdapat di dalam Qaseh Gold ialah ;
 
 
Dalam Qaseh Gold kita ada 3 jenis jus minuman mengikut gender dan umur. Adinda untuk kaum Hawa, Kekanda untuk kaum Adam dan Junior untuk kanak-kanak dari 1 -12 tahun. Cara pemakanannya sangat mudah dan ada tertera di tulis di botol dan di kotak. Harganya pula sangat berpatutanlah, bagi saya. Setakat ini kami seisi keluarga memang suka makan sampai berbotol-botollah so baik saya terus jadi pengedar kan? Walaupun saya amalkan Qaseh tetapi saya tak lupa mengamalkan pemakanan sunnah yang asli dan tulin juga MENGIKUT KEMAMPUAN. Ada setengah orang mempunyai kekangan kewangan untuk adakan semua satu-satu jadi alternatifnya kita boleh ambil Qaseh Gold di mana ia ada semua apa kita perlukan, Inshaa Allah. Nak tengok berapa bonus saya untuk kali pertama join? Meh tengok bawah hehehe....
 
 
Alhamdulillah...saya buat masa saya cuti bersalin tau. Saya memang angkut cik Auni yang manja tu sana sini dengan GIGIH dan JAYANYA!!. Bagi saya untuk berjaya kita perlu positif, bermotivasi dan jadikan halangan itu sebagai penyebab untuk KAYA dan BERJAYA. Auni ada sawan tangis so bayangkan macamana saya nak handle peel dia yang kadang-kala mencabar kesabaran dan kevougeaan saya itu kan. Apa pun setiap benda berlaku ada hikmahnya. Auni adalah penguat semangat untuk saya terus gigih menjadi kaya!! So jika anda ingin join ANA EDAR dan menjadi RANIA saya, boleh terus inbox saya ye!!
 


15 Ogos 2013

Auni Saya

Now Auni Maisarah dah nak masuk 5 bulan this 21 of August. Still breastfeed her dan berharap sampailah 2 tahun Inshaa Allah. So far saya masih 50-50 dalam isu memvaksinkan Auni. Saya masih mencari sesuatu untuk mengukukuhkan pendirian saya MENGAPA SAYA TAK NAK AUNI DICUCUK. Selepas menjalani pembedahan hernia, Alhamdulillah Auni semakin jadi baby  yang comel dan baik hehe. Perangai meragam tetap ada almaklumlah anak bongsu dan manja (BONGSUKAH?). Setakat ini masih memikirkan Auni adalah yang bongsu ekekekek. 3 perempuan sudah cukup memeningkan rumah ku huhu. Setiap hari consume 4oz tau tapi badan tetap maintain cute mute cam Mama dia yang semakin membesar badak kekekeke. Tak kisahlah kan Dik...asal sehat. Dari dulu sampai sekarang tak pernah lagi demam....Alhamdulillah. Dengan Auni saya banyak mengamalkan sunnah food dan terima kasih kerana menemukan Mama dengan semua ini ye Auni.

Apa pun Auni, Mama sayang bangat dengan Auni walaupun kadang-kala peel mu buatkan Mama hilang sabar. Love Auni ketat-ketat-ketat. Muahsssssssssssssssssssss!!!




 

Auni Dan Peevo


Palestine Extra Virgin Olive Oil (PEEVO)
 

Dari Ibnu Majah dan Baihaqi begitu juga dengan At Tirmidzi menyatakan Rasulullah SAW bersabda :

Sapu lah dan Minum lah Minyak Zaitun kerana pada nya ada Keberkatan.

Anak anda merupakan harta anda. Keberkatan besar dari Allah SWT. Dari awal kehidupan mereka lagi elemen keberkatan mesti diterapkan.

Tertib di dalam Islam adalah amat sempurna. Ànak di azankan,diqamatkan, ditahnikkan....
 

Diberi nama yang baik baik dan diaqiqahkan.

Kesempurnaan ini haruslah diteruskan. Disamping menerapkan nilai nilai mulia di dalam Islam kita juga membudayakan kehidupan sebagai Muslim.

Àmalan menyapu badan anak kecil atau mengurut mereka adalah amalan yang baik. Urutan melancarkan peredaran darah mereka. Meregangkan otot otot mereka. Menenangkan mereka dan memberikan keselesaan kepada mereka. Hubungan juga terpaut erat antara ibu dan anak.

Adalah paling baik kita meneruskan amalan urutan pada anak anak kecil seawal umur 1 hari dengan minyak yang penuh keberkatan. Minyak yang disebut di dalam Al Quran seperti contoh Surah An Nur ayat 35 dan disebut dari hadith Sahih.

Amalkan sapu dengan minyak zaitun bermula dari ubun ubun anak yang lembut itu. Kemudian di wajah mereka. Dada mereka. Perut ke bawah.Peha, betis dan tapak kaki. Kemudian sapu lah di belakang dada mereka dan seterusnya sampai kaki

Selawat dan zikirlah semesa berbuat demikian.

Pemilihan minyak zaitun juga amat penting. Pilihlah minyak zaitun hanya dari perahan pertama kerana pada perahan pertama itu mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaat. Minyak zaitun kaya dengan vitamin A dan E. Kalsium. Polyohenol atau Antioksidan amat tinggi.

Daya serapan minyak zaitun dari perahan pertama sangat cepat lebih lebih lagi yang diperah dengan cara traditional.

Keberkatan itu diteruskan lagi dari tempat datangnya Minyak zaitun dari tanah tanah orang Islam di sana. Tiada syubhah kerana diambil terus dengan pemilik ladang milik orang Islam.

Oleh yang demikian sahabat sahabat yang saya hormati pilihlah sesuatu yang penuh keberkatan kerana keberkatan itulah yang kita perlukan di dalam hidup kita.
 
Kredit :
 
Munirah
Global Barakah Enterprise Owner
017 352 8858
 
*****************************************************
 
Assalammualaikum,

Saya kenal Munirah melalui FB di mana masa itu masih berpantangkan Auni. Dengan Auni saya belajar banyak perkara terutama sekali pemakanan sunnah. Pencarian saya mengenai pemakanan sunnah menemukan saya dengan Munirah dan Peevo. Alhamdulillah saya sudah jatuh CINTA dengan Peevo. Yang penting saya menyokong produk rakyat Palestine yang pastinya ISLAM. Saya gembira menggunakan Peevo. Saya gunakan dalam masakan, urutan di badan Auni, urutan cik B untuk melancarkan air susu, minum untuk kesihatan dan macam-macam lagi. Saya berharap agar terus konsisten dan dimurahkan rezeki untuk mengamalkan Peevo.

19 Januari 2013

Cloth Pad

Hai moms!!

Ni ada satu lagi KEGILAAN saya heheheheh.....iaitu CLOTH PAD.





Actually tergerak hati untuk pakai sebab saya mengalami keputihan yang banyak pada kehamilan kali ini dah membuatkan saya rasa tidak selesa untuk bersolat. So saya riki-riki di booth Puspanita, Perbadanan Putrajaya dan terjumpa ini. Cloth Pad ini dibuat daripada bamboo. Saya memang tak suka guna dispo pad yang mana sering membuatkan saya kegatalan oleh kerana terlalu banyak chemical di dalamnya. Setakat ini saya guna OK je. Masih mencari-cari material yang bagus dan jenama yang dapat memenuhi keperluan saya. Saya bercadang untuk membeli beberapa cloth pad yang memang digunakan untuk maternity nanti.


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

29 Minggu

Cute kan?

Kini saya dah memasuki 29 minggu...oh berdebar dan teruja untuk memasuki 8 bulan. Ohh rasa tak sabar nak menyusu dan kembali mengepam. Itulah rutin yang paling saya rindui *wink*. Bagi saya menyusu itu amat menyeronokkan dan bukanlah perkara yang membebankan. Bila tengok kawan-kawan lain mula ada baby kecil dan mula menyusu, hati saya jadi geram dan menggatal nak pregnant kembali hehehehe. Of courselah saya mahu menjadi lebih baik daripada dahulu. Lelaki atau perempuan? Saya berserah kepada Allah, perancangan -NYA lebih baik dari kita sebagai manusia. Memanglah saya berharap untuk dapat lelaki memandangkan saya sudah punya 2 anak dara tetapi jika Allah belum mengizinkan saya tetap bersyukur, yang penting anak yang dilahirkan sempurna, sihat dan selamat.


Untuk baby ketiga ini saya nekad untuk memilih breastpump Rumble Tuff. Keputusan ini adalah muktamad!! Sebelum ini saya adalah pengguna Spectra 3 dan juga Medela Free Style. Free Style? Mesti semua tertanya apa terjadi pada Medela FS saya, kan? Ini bukanlah ungkitan tetapi suatu pengajaran buat saya di mana lain kali saya tidak akan memberi pinjam brestpump kepada sesiapa pun. Suatu masa dahulu oleh kerana saya baik hati saya pinjamkan Medela FS kepada ibu ini dan akibatnya bila dipulangkan FS saya telah rosak. Saya malas nak pikir so dari baiki yang melayang duit lebih kurang Rumble Tuff ni baik saya beli yang lain. Sedih??Mahu tak sedih!!! Itulah breastpump termahal pernah saya beli dah terbaik bagi sayalah.

  
 Cloth Diaper

Dan paling bestttttttttttttttttttttttttt....saya akan mulakan semula aktiviti berCDing saya pada new born ini. So far CD bamboo Aisyah masih banyak dan elok lagi. Kalau nak beli baru pon just beli insert yang baru sahaja dan harap kali ini baby tak cerewet macam kakaknya si Aisyah. Harap boleh guna fleece lah. Saya pon tengah mensurvey apa CD yang latest berpadanan dengan harga yang mampu saya bayar hehehe. Seronok tau bila dapat buat yang terbaik untuk anak-anak.

So kalau ibu-ibu ada pendapat yang best meh ler beri komen dan pandangan untuk saya berCDing ye.


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah