Terdapat banyak kebaikan pill perancang yang tidak diketahui oleh wanita. Pill selalunya membawa persepsi yang buruk kerana ia dikaitkan dengan kenaikan berat badan, loya, muntah, perubahan libido dan sebagainya. Walaubagaimanapun kesan sampingan jarang berlaku sekarang disebabkan oleh dos yang ada sangat rendah berbanding dengan dahulu.
Pil bukan sahaja efektif dalam mencegah kehamilan, ia juga boleh:

- Mengurangkan sakit segugut
- Merawat jerawat dan kulit berminyak
- Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
- Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
- Membantu mengurangkan aliran darah haid.
- Mengurangkan ovarian cyst
- Mengurangkan risiko barah ovari
- Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
- Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
- Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
- Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
- Boleh mengawal kedatangan haid
Tidak semua wanita sesuai memakan pil perancang. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui samada anda calon yang sesuai menggunakan kaedah pencegah kehamilan ini.
Untuk makluman dahulu saya mengambil Depo Injection untuk 3 bulan sekali dan hanya perlu keluarkan RM40 sahaja. Ia tidak effect kepada susu badan bahkan saya tidak merasai kesan buruk daripada suntikan ini. Sebelum ini, semasa anak pertama saya memang dah biasa guna Depo Injection ni. Patutlah muka saya licin rupanya makan perancang hehehe.
nota peringatan : tidak digalakkan untuk mengambil perancang terlalu lama ye kerana saya mengalami kenaikan berat badan mendadak dan baru sahaja stop di atas advise Doktor dan saya noticed yang muka saya mulai di'hurungi' jerawat huwa huw.
Salam Sayang,
Mama Anis & Aisyah
nota peringatan : tidak digalakkan untuk mengambil perancang terlalu lama ye kerana saya mengalami kenaikan berat badan mendadak dan baru sahaja stop di atas advise Doktor dan saya noticed yang muka saya mulai di'hurungi' jerawat huwa huw.
Salam Sayang,
Mama Anis & Aisyah