Memaparkan catatan dengan label Penyusuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyusuan. Papar semua catatan

18 September 2012

Pengertian EKSKLUSIF dan SEPENUH masa

Assalammualaikum...

Kali ini saya ingin bercerita sedikit makna PENYUSUAN EKSKLUSIF dan juga PENYUSUAN SEPENUH MASA. Bab ni saya nampak ramai ibu-ibu baru dan juga ibu-ibu lama tak berapa faham. Berdasarkan polisi penyusuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, penyusuan EKSKLUSIF ialah penyusuan ibu secara eksklusif di mana bayi kita hanya menyusu susu ibu sahaja tanpa minuman/makanan lain seperti air masak, susu formula, jus, milo, kopi atau apa-apa ajerlah selama 6 bulan(AIR LAIN SAYA TOKOK TAMBAH BAGI IBU-IBU NI FAHAM BETUL). Untuk penyusuan sepenuh masa kita boleh katakan selepas 6 bulan di mana bayi tersebut sudah memulakan solid food dan masih lagi menyusu badan dan diselang-selikan dengan air masak. INGAT, jika selepas 6 bulan anda sudah mulai dengan artificial breastmilk(erti kata lain ialah susu formula) di siang hari, menyusu di malam hari ia bukan dikatakan sebagai PENYUSUAN SEPENUH MASA tapi itu boleh dikatakan PENYUSUAN CAMPUR-CAMPUR hehehehe.

KEPENTINGAN PENYUSUAN SEPENUHNYA(EKSKLUSIF)

1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
2. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi
3. Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
4. Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
5. Mengurangkan alahan
6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu
7. Mengelakkan bengkak payudara
8. Mengeratkan kasih-sayang

BAHAYA AIR DAN SUSU FORMULA BAGI BAYI KURANG 6 BULAN
1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik

2. Tumbesaran bayi akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pelbagai peringkat

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu

5. Bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal  manakala bagi bayi berusia di bawah lima minggu, air yg terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik

Happy Breastfeeding!


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

8 Ogos 2012

Bacaan Penyusuan



Itu adalah di antara buku-buku rujukan saya di dalam penyusuan dan juga buku motivasi untuk berfikiran positif. Buku yang paling saya suka dan sayang ialah Quranic Law of Attraction yang mana ia menceritakan tentang hukum tarikan yang mana ia membawa cas positif dan juga cas negatif. Kalau dalam English anda boleh mencari buku Law of Attraction. Buku tu simple je dan mudah difahami. Saya sarankan ibu beli buku Quranic Law of Attraction sebab ia boleh diaplikasikan di dalam penyusuan kita. Untuk menjadi ibu  yang berjaya kita mesti setkan di dalam minda semenjak hamil lagi akan kemampuan kita untuk menyusu. Bagi saya tiada ibu yang tidak boleh menyusukan kecualilah di atas sebab-sebab tertentu seperti tiada buah dada atau pesakit AIDS. Setiap tubuh badan kita Allah dah jadikan terbaik sesuai dengan fungsinya.

Kebanyakan ibu-ibu baru lebih menumpukan perhatian untuk membeli peralatan bayi seperti sarung kaki dan sarung tangan yang sama warna, stroller, katil bayi dan sebagainya tetapi tidak punya inisiatif untuk menggali ilmu penyusuan kerana mereka menyangka menyusu itu adalah MUDAH. Semasa hamil inilah banyakkan mencari ilmu di internet, melalui bahan bacaan, pergi kelas penyusuan dan juga dapatkan maklumat yang betul di tempat anda membuat pemeriksaan kehamilan seperti Klinik Kesihatan Kerajaan. Ada certain places disedikan kelas antenatal yang mana mendedahkan ibu baru mengenai penyusuan.

Tetapi saya berbangga kerana sekarang terlalu banyak ibu yang mula sedar akan kepentingan penyusuan. Di mana-mana sahaja terutama di pejabat kerajaan ramai ibu yang menggalas cooler bag dan breastpump dan bagi saya pula ia sangatlah membanggakan. Ayuh ibu..kita memartabatkan penyusuan susu ibu di Malaysia.

Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Tip Tingkatkan Penghasilan Susu

Seringkali saya menerima mesej daripada ibu-ibu baru yang menyatakan susu mereka semakin berkurangan dan apabila ditanya usia bayi mereka kebanyakannya tidak sampai 6 bulan. Untuk pengetahuan ibu-ibu pada usia 6 bulan pertama hormon prolaktin kita tersangatlah aktif dan tinggi. Bagaimana untuk mengaktifkan hormon prolaktin ini? Mudah sahaja iaitu dengan membiarkan bayi menghisap payudara kita sebanyak mana dan selama mana yang dia mahu. Tahukan ibu bahawa setiap kali penyusuan berlangsung kadar prolaktin akan meningkat 10 kali ganda dan kandungan prolaktin sangatlah tinggi sewaktu malam. Saranan saya ialah perbanyakkan mengepam pada waktu malam iaitu dari jam 12 tengah malam hingga ke Subuh (kalau dah mengepam waktu malam tu cuba-cubalah buat solat sunat agar dipermudahkan perjalanan penyusuan).








Penerangan (bahasa pasar je)
Setiap ibu mempunyai berjuta-juta alveoli yang mana ia seumpama buah anggur. Di dalamnya terdapat banyak reseptor-reseptor prolaktin yang mana ia menghasilkan susu. Apabila saluran alveoli itu padat dengan susu makan dengan itu ibu akan merasa payudara mereka berat atau bengkak susu jika tidak dipam. Duct pula adalah saluran susu di mana susu akan melalui saluran itu dan bayi kita perlu menghisap di bahagian aerola agar susu dapat dikeluarkan. Kebanyakan ibu baru mengalami masalah puting susu merekah atau menggelupas apabila posisi menyusu itu tidak betul. Pastikan bayi anda menangkap aerola iaitu kawasan hitam dan bukannya puting kita.

Tip Perbanyakkan Penghasilan Susu
  • Kekerapkan mengepam/memerah atau menyusu. Pam 2 jam sekali, buat 4 sesi di pejabat (kalau boleh) dan tambahkan sesi mengepam di rumah lagi. Fahami asas penyusuan di mana lebih banyak kita keluarkan susu lebih byk susu terhasil.
  • Pastikan bayi menyusu dengan lekapan yang betul. Perhatikan bagaimana bayi anda menyusu dan pastikan ia menghisap aerola bukan menghisap puting payudara. Jika salah lekapan ia akan membuatkan puting payudara tercedera dan menyukarkan lagi penyusuan.
  • Buat power-pumping.
  • Tawarkan kedua payudara setiap kali menyusu. Jika dengan sebelah payudara sahaja bayi sudah kenyang pastikan anda mengepam di sebelah payudara lagi.
  • Guna pam payudara bergred hospital seperti Spectra3, Medela yang berelektrik dan ada double pumping untuk meningkatkan hormon prolaktin. Hormon prolaktin ialah hormon yang merangsang penghasilan susu.
  • Banyakkan direct feeding apabila di rumah. Elakkan memberi susu melalui botol susu atau puting. Hisapan dari mulut bayi adalah 'pam' yang terbaik.
  • Banyakkan minum air masak, ambil makanan yg kaya dengan protein, kalsium, zink, karbohidrat untuk penghasilan susu.
  • Ibu kena banyak berehat dan bertenang. Kalau boleh ambil cuti 2,3 hari untuk banyakkan direct feeding dengan bayi. 
  • Menukar posisi penyusuan agar bayi tidak mudah jemu dan untuk mencari kelesaan agar penyusuan akan berjalan dengan lancar. Anda juga boleh membuat breast compression iaitu sambil anda menyusu atau mengepam, buat urutan di payudara agar susu akan keluar dengan lebih lancar.
  • Mengepam selepas penyusuan direct feeding dengan bayi. Your aim in pumping is to remove more milk from the breasts and/or to increase frequency of breast emptying. Jangan dikisah sangat berapa yang ada dapat selepas menyusu yang penting ialah banyakkan rangsangan.
  • Pesan kepada pengasuh anda lagi 1 jam anda ingin sampai di taska jangan beri EBM di dalam botol. EBM yang lebih boleh disimpan untuk keesokkan harinya. 
  • Pengambilan penggalak susu adalah perkara yang terakhir selepas usaha-usaha di atas anda telah lakukan. Jika anda ingin mengambil ubat pastikan anda mendapatkan daripada doktor yang berkelayakan dan menyokongan penyusuan susu ibu.
 Salam Sayang,

Mana Anis & Aisyah