18 September 2012

Pengertian EKSKLUSIF dan SEPENUH masa

Assalammualaikum...

Kali ini saya ingin bercerita sedikit makna PENYUSUAN EKSKLUSIF dan juga PENYUSUAN SEPENUH MASA. Bab ni saya nampak ramai ibu-ibu baru dan juga ibu-ibu lama tak berapa faham. Berdasarkan polisi penyusuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, penyusuan EKSKLUSIF ialah penyusuan ibu secara eksklusif di mana bayi kita hanya menyusu susu ibu sahaja tanpa minuman/makanan lain seperti air masak, susu formula, jus, milo, kopi atau apa-apa ajerlah selama 6 bulan(AIR LAIN SAYA TOKOK TAMBAH BAGI IBU-IBU NI FAHAM BETUL). Untuk penyusuan sepenuh masa kita boleh katakan selepas 6 bulan di mana bayi tersebut sudah memulakan solid food dan masih lagi menyusu badan dan diselang-selikan dengan air masak. INGAT, jika selepas 6 bulan anda sudah mulai dengan artificial breastmilk(erti kata lain ialah susu formula) di siang hari, menyusu di malam hari ia bukan dikatakan sebagai PENYUSUAN SEPENUH MASA tapi itu boleh dikatakan PENYUSUAN CAMPUR-CAMPUR hehehehe.

KEPENTINGAN PENYUSUAN SEPENUHNYA(EKSKLUSIF)

1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
2. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi
3. Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
4. Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
5. Mengurangkan alahan
6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu
7. Mengelakkan bengkak payudara
8. Mengeratkan kasih-sayang

BAHAYA AIR DAN SUSU FORMULA BAGI BAYI KURANG 6 BULAN
1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik

2. Tumbesaran bayi akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pelbagai peringkat

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu

5. Bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal  manakala bagi bayi berusia di bawah lima minggu, air yg terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik

Happy Breastfeeding!


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan