Saya didatangi oleh seorang pegawai wanita yang belum berkahwin yang bertanyakan benarkah payudara kanan itu makanan dan payudara kiri itu minuman. Sambil tersenyum saya menjawab TIDAK. Saya menerangkan kepada beliau bahawa kompisisi untuk kedua-dua payudara adalah sama iaitu 88% susu ibu kandungannya adalah AIR dan selebihnya LEMAK. Susu ibu terbahagi kepada 2 iaitu foremilk (susu awal) dan juga hindmilk (susu akhir). Kandungan foremilk selalunya adalah rendah lemak, rendah protein dan kebanyakkannya adalah air untuk menghilangkan dahaga bayi kita dan hindmilk pula adalah penuh dengan lemak yang mana membantu mempengaruhi kenaikan berat badan bayi. Lagi lama bayi kita menyusu lagi banyak susu yang berlemak itu dikeluarkan.
the less milk in the breast, the higher the fat content
Mudah je kan tak payah nak pening-pening kepala nak switch payudara nak pastikan bayi kita kenyang minum dan makan. Apa yang Allah jadikan itu cukup lengkap dan kenapa kita sebagai manusia suka memandai-mandai tentang sesuatu perkara yang tidak ada. Jika anda rasa bayi lebih suka menyusu satu payudara sahaja sebaiknya anda perlu check semula bagaimana diet anda seharian.
Boleh refer artikel ini : http://kellymom.com/bf/got-milk/basics/foremilk-hindmilk/
Boleh refer artikel ini : http://kellymom.com/bf/got-milk/basics/foremilk-hindmilk/
Salam Sayang,
Mama Anis & Aisyah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan