8 Ogos 2012
Bacaan Penyusuan
Itu adalah di antara buku-buku rujukan saya di dalam penyusuan dan juga buku motivasi untuk berfikiran positif. Buku yang paling saya suka dan sayang ialah Quranic Law of Attraction yang mana ia menceritakan tentang hukum tarikan yang mana ia membawa cas positif dan juga cas negatif. Kalau dalam English anda boleh mencari buku Law of Attraction. Buku tu simple je dan mudah difahami. Saya sarankan ibu beli buku Quranic Law of Attraction sebab ia boleh diaplikasikan di dalam penyusuan kita. Untuk menjadi ibu yang berjaya kita mesti setkan di dalam minda semenjak hamil lagi akan kemampuan kita untuk menyusu. Bagi saya tiada ibu yang tidak boleh menyusukan kecualilah di atas sebab-sebab tertentu seperti tiada buah dada atau pesakit AIDS. Setiap tubuh badan kita Allah dah jadikan terbaik sesuai dengan fungsinya.
Kebanyakan ibu-ibu baru lebih menumpukan perhatian untuk membeli peralatan bayi seperti sarung kaki dan sarung tangan yang sama warna, stroller, katil bayi dan sebagainya tetapi tidak punya inisiatif untuk menggali ilmu penyusuan kerana mereka menyangka menyusu itu adalah MUDAH. Semasa hamil inilah banyakkan mencari ilmu di internet, melalui bahan bacaan, pergi kelas penyusuan dan juga dapatkan maklumat yang betul di tempat anda membuat pemeriksaan kehamilan seperti Klinik Kesihatan Kerajaan. Ada certain places disedikan kelas antenatal yang mana mendedahkan ibu baru mengenai penyusuan.
Tetapi saya berbangga kerana sekarang terlalu banyak ibu yang mula sedar akan kepentingan penyusuan. Di mana-mana sahaja terutama di pejabat kerajaan ramai ibu yang menggalas cooler bag dan breastpump dan bagi saya pula ia sangatlah membanggakan. Ayuh ibu..kita memartabatkan penyusuan susu ibu di Malaysia.
Salam Sayang,
Mama Anis & Aisyah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan