Cute kan?
Kini saya dah memasuki 29 minggu...oh berdebar dan teruja untuk memasuki 8 bulan. Ohh rasa tak sabar nak menyusu dan kembali mengepam. Itulah rutin yang paling saya rindui *wink*. Bagi saya menyusu itu amat menyeronokkan dan bukanlah perkara yang membebankan. Bila tengok kawan-kawan lain mula ada baby kecil dan mula menyusu, hati saya jadi geram dan menggatal nak pregnant kembali hehehehe. Of courselah saya mahu menjadi lebih baik daripada dahulu. Lelaki atau perempuan? Saya berserah kepada Allah, perancangan -NYA lebih baik dari kita sebagai manusia. Memanglah saya berharap untuk dapat lelaki memandangkan saya sudah punya 2 anak dara tetapi jika Allah belum mengizinkan saya tetap bersyukur, yang penting anak yang dilahirkan sempurna, sihat dan selamat.
Untuk baby ketiga ini saya nekad untuk memilih breastpump Rumble Tuff. Keputusan ini adalah muktamad!! Sebelum ini saya adalah pengguna Spectra 3 dan juga Medela Free Style. Free Style? Mesti semua tertanya apa terjadi pada Medela FS saya, kan? Ini bukanlah ungkitan tetapi suatu pengajaran buat saya di mana lain kali saya tidak akan memberi pinjam brestpump kepada sesiapa pun. Suatu masa dahulu oleh kerana saya baik hati saya pinjamkan Medela FS kepada ibu ini dan akibatnya bila dipulangkan FS saya telah rosak. Saya malas nak pikir so dari baiki yang melayang duit lebih kurang Rumble Tuff ni baik saya beli yang lain. Sedih??Mahu tak sedih!!! Itulah breastpump termahal pernah saya beli dah terbaik bagi sayalah.
Cloth Diaper
Dan paling bestttttttttttttttttttttttttt....saya akan mulakan semula aktiviti berCDing saya pada new born ini. So far CD bamboo Aisyah masih banyak dan elok lagi. Kalau nak beli baru pon just beli insert yang baru sahaja dan harap kali ini baby tak cerewet macam kakaknya si Aisyah. Harap boleh guna fleece lah. Saya pon tengah mensurvey apa CD yang latest berpadanan dengan harga yang mampu saya bayar hehehe. Seronok tau bila dapat buat yang terbaik untuk anak-anak.
So kalau ibu-ibu ada pendapat yang best meh ler beri komen dan pandangan untuk saya berCDing ye.
Salam Sayang,
Mama Anis & Aisyah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan