Hai moms!!
Ni ada satu lagi KEGILAAN saya heheheheh.....iaitu CLOTH PAD.
Actually tergerak hati untuk pakai sebab saya mengalami keputihan yang banyak pada kehamilan kali ini dah membuatkan saya rasa tidak selesa untuk bersolat. So saya riki-riki di booth Puspanita, Perbadanan Putrajaya dan terjumpa ini. Cloth Pad ini dibuat daripada bamboo. Saya memang tak suka guna dispo pad yang mana sering membuatkan saya kegatalan oleh kerana terlalu banyak chemical di dalamnya. Setakat ini saya guna OK je. Masih mencari-cari material yang bagus dan jenama yang dapat memenuhi keperluan saya. Saya bercadang untuk membeli beberapa cloth pad yang memang digunakan untuk maternity nanti.
Salam Sayang,
Mama Anis & Aisyah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan