15 Februari 2012

Checklist Mengapa Susu Saya Semakin Sedikit

Assalammualaikum...

Sedang saya membaca post-post lama di forum susuibu.com (tempat saya belajar menyusu dahulu) saya terjumpa kembali post lama saya tentang masalah susu kurang.  Ingin saya berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana checklist yang perlu kita lakukan setelah kita telah berusaha untuk menambahkan susu tetapi masih tidak mendatangkan hasil.  Seringkali saya mendengar keluhan-keluhan si ibu yang telah mencuba pelbagai milk booster tetapi hasilnya nan adO bahkan semakin kurang dan kurang. Bagi saya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan cumanya samada kita sedar atau tidak sahaja. Di antara checklist yang perlu ibu-ibu teliti kembali ialah;
  • adakah ibu mengandung?
  • berapakah usia bayi anda? Jika bayi anda sudah mulakan makanan pejal bagaimana penyusuannya, semakin berkurang atau sama?
  • adakah ibu ada mengambil apa-apa ibu  yang boleh mengganggu penyusuan seperti pengambilan pil perancang, antibiotik, ubat tahan sakit atau sebagainya
  • adakah ibu mempunyai PCOS kerana ada certain kes PCOS menyebabkan ibu kurang susu badan dan juga sukar mendapatkan anak. Boleh baca entri saya yang lepas ini tentang PCOS
  • bagaimana jadual mengepam ibu sewaktu bekerja dan juga direct feeding di rumah
  • adakah ibu tertekan, stress atau penat?
  • apakah pam yang ibu gunakan? Adakah ibu selesa? Elektrik/battery operated/manual/teknik Marmet
  • adakah bayi ibu menyusu dengan baik, adakah lekapan bayi betul?
  • periksa jika bayi kita mempunyai masalah kesihatan seperti tongue-tied yang mana bayi tidak dapat melekap dengan betul dan menyebabkan susu tidak dikosongkan dengan betul

Jika ibu sudah membuat checklist tersebut perbetulkan mana-mana yang masih kurang dan buat penambahan. Bagi ibu yang mengambil suplemen teruskan kerana suplemen membantu ibu agar terus bertenaga, mengurangkan rasa tertekan dan stress dan juga meningkatkan kualiti kesihatan. Bagi saya pengambilan milk booster tidak perlu bagi ibu yang tidak mempunyai masalah susu kurang kerana adakalanya milk booster akan mengganggu perut bayi.  Bagi saya jika anda benar-benar menghadapi masalah susu kurang sesudah mengamalkan pengambilan air masak yang banyak, sudah melakukan kaedah power-pumping, tandem-nursing dan sebagainya makan pengambilan milk booster adalah pilihan TERAKHIR dan bukannya pilihan PERTAMA ye.

Ada juga ibu-ibu di luar sana yang mana Allah dah kurniakan susu yang sedikit jadi janganlah berputus asa kerana setiap perkara itu ada hikmahnya. Setiap daripada kita tidak sama jadi janganlah ibu membandingkan hasil diri sendiri dengan orang lain kerana keperluan perut bayi kita tidak sama. Apa yang penting teruskan 'kedegilan' ibu untuk teruskan penyusuan tetapi haruslah diingat buat setakat termampu kerana menyusu tidak ada paksaan tetapi bagi mereka yang melakukannya Allah telah berjanji untuk memberi ganjaran yang besar, Insyaallah.  Apa pun semoga perjalanan penyusuan anda dipermudahkan.


Salam Sayang, 

Mama Anis & Aisyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan