19 September 2012

Cita-Cita vs Angan-Angan

Termenung seketika....
Banyak perkara yang boleh saya capai untuk berjaya
Rasanya saya dah banyak 'tertinggal' berbanding kawan-kawan seangkatan dahulu
Ermmm....kelemahan saya ialah...mudah down dan hilang fokus
Bagaimana cara untuk mendidik hati ini ye...kadang-kadang saya akan jadi serabut tak tentu hala, kadang-kadang terlalu banyak benda difikirkan yang mana saya sendiri jadi LESU
At last.....TIDUR..
Cita-cita tu memang banyak tapi kadang-kadang takut nak bermimpi
Takut mimpi tu tak jadi nyata
Tapi semua orang bermula dengan MIMPI
Kalau tak bermimpi masakan ia akan jadi kenyataan
Huh....lesu memikirkannya

Cita-cita saya...
* mahu berjaya di dalam biz online
* mahu menjana pendapatan 5K
* mahu mengambil cuti tanpa gaji
* mahu kaya

Hilang fokus dan mudah down itu buatkan saya takut
Entahlah..bagaimana nak atasi kelemahan-kelemahan itu
Semuga Allah permudahkan perjalanan saya
Ameennn.....


Salam Sayang,


Mama Anis & Aisyah



18 September 2012

Pengertian EKSKLUSIF dan SEPENUH masa

Assalammualaikum...

Kali ini saya ingin bercerita sedikit makna PENYUSUAN EKSKLUSIF dan juga PENYUSUAN SEPENUH MASA. Bab ni saya nampak ramai ibu-ibu baru dan juga ibu-ibu lama tak berapa faham. Berdasarkan polisi penyusuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, penyusuan EKSKLUSIF ialah penyusuan ibu secara eksklusif di mana bayi kita hanya menyusu susu ibu sahaja tanpa minuman/makanan lain seperti air masak, susu formula, jus, milo, kopi atau apa-apa ajerlah selama 6 bulan(AIR LAIN SAYA TOKOK TAMBAH BAGI IBU-IBU NI FAHAM BETUL). Untuk penyusuan sepenuh masa kita boleh katakan selepas 6 bulan di mana bayi tersebut sudah memulakan solid food dan masih lagi menyusu badan dan diselang-selikan dengan air masak. INGAT, jika selepas 6 bulan anda sudah mulai dengan artificial breastmilk(erti kata lain ialah susu formula) di siang hari, menyusu di malam hari ia bukan dikatakan sebagai PENYUSUAN SEPENUH MASA tapi itu boleh dikatakan PENYUSUAN CAMPUR-CAMPUR hehehehe.

KEPENTINGAN PENYUSUAN SEPENUHNYA(EKSKLUSIF)

1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
2. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi
3. Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
4. Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
5. Mengurangkan alahan
6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu
7. Mengelakkan bengkak payudara
8. Mengeratkan kasih-sayang

BAHAYA AIR DAN SUSU FORMULA BAGI BAYI KURANG 6 BULAN
1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik

2. Tumbesaran bayi akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pelbagai peringkat

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu

5. Bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal  manakala bagi bayi berusia di bawah lima minggu, air yg terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik

Happy Breastfeeding!


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Fresh Milk vs Formula Milk

Cadangan untuk bayi berusia 2 tahun ke atas sahaja

Entri ini ditulis bukanlah untuk mengkritik mana-mana ibu yang memberikan anak mereka formula even anak saya yang ke-2 pun telah pun diformulakan lantaran merundumnya semangat saya untuk mengepam ketika usia Aisyah 1 tahun 6 bulan, cuma saya masih tercari-cari apakah susu yang terbaik selepas susu ibu (susu yang terbaik selepas susu ibu tentulah susu kambing). Pencarian tentang fresh milk ini sangat bertepatan memandangkan saya sendiri masih ragu-ragu untuk memberi Aisyah fresh milk dek kerana kita sendiri dah terbiasa dengan pergantungan susu formula. Saya telah pun memberikan Aisyah formula milk ketika usianya 1 tahun 6 bulan tetapi ia memang menolak 100% tetapi ketika itu saya sedang menghadapi masalah kurang  motivasi dan kerap sakit membuatkan saya mengalah. Walaubagaimana pun saya tetap meneruskan direct feeding hingga usia Aisyah hampir 2 tahun.

Walaupun saya telah mulakan dengan formula tetapi saya masih lagi tercari-cari apakah susu yang terbaik buat Aisyah memandangkan Aisyah mudah sembelit. Pada mulanya saya telah memperkenalkan Aisyah fresh milk semasa ia berusia 1 tahun 5 bulan kerana pada masa itu susu saya mulai merosot memandangkan saya telah pun mengurangkan sesi mengepam dari 3 kali sehari menjadi 1 kali sehari. Ada juga saya terpaksa meninggalkan Aisyah di rumah Emak kerana terikat dengan tugasan dan pada masa itu pula saya memang telah kehabisan stok. Saya telah mengalami insiden susu cair sebanyak 2 kali dan chest freezer pula telah rosak di mana saya terpaksa menumpangkan EBM di rumah kawan dan itulah permulaan semangat saya mulai menurun kerana saya terpaksa berkejar dengan jadual mengepam, pekerja dan melakukan tugasan rumah. Oleh kerana saya juga terpaksa menumpang EBM beku di rumah orang itu membuatkan saya mulai putus asa untuk teruskan mengepam kerana tiada tempat untuk membuat stok beku (saya guna peti ais 1 pintu).
 
Ini yang saya dapat semasa pencarian mengenai fresh milk. Kredit pada blog Laman EMJAY.




Kali ini saya ingin bercerita tentang penipuan segolongan manusia dengan tujuan untuk menjadikan umat manusia kurang sihat disamping mereka mendapat keuntungan kewangan yang lumayan. Penipuan ini dilakukan melalui penghasilan SUSU RENDAH LEMAK / LOW FAT MILK.

Susu seperti susu lembu adalah catu contoh terbaik berkenaan emulsi. Emulsi adalah proses di mana butir-butir lemak terampai di dalam air. Santan kelapa juga adalah satu contoh baik berkenaan emulsi. Lemak memang tidak boleh larut di dalam air dan lemak susu hanya terampai di dalam air.

Bagi sesiapa yang ingin membuat eksperimen mudah pembentukan emulsi, bolehlah mencuba eksperimen berikut. Ambil sedikit ethanol atau sebarang spirit. Masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya dan kacau sehingga larut. Seterusnya masukkan campuran ethanol dengan minyak ini ke dalam air dan akan terbentuklah emulsi minyak yang berwarna putih macam susu atau macam santan kelapa.

Susu memang mengandungi banyak lemak dan itulah sebabnya ia berwarna putih kerana kehadiran butir lemak yang halus di dalamnya, sama seperti santan kelapa.  Apabila susu lembu segar yang baru diperah dibiarkan di dalam gelas yang lutsinar untuk beberapa jam,  butiran lemak di dalam susu ini akan naik ke atas kerana ketumpatannya yang lebih rendah berbanding air. Ini menyebabkan bahagian atas susu ini semakin berminyak dan berwarna putih manakala bahagian bawah semakin kurang berwarna putih. Hasil yang sama seperti ini juga dapat diperhatikan apabila membiarkan santan kelapa di dalam gelas lutsinar.
Dengan mencedok bahagian atas susu yang berlemak dan berwarna putih ini keluar dari gelas tersebut, apa yang terhasil ialah susu rendah lemak atau susu tanpa lemak. Susu lembu atau susu ibu mengandungi kesempurnaan zat makanan. Seorang bayi yang semata-mata menghisap susu ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan lain insya-Allah akan menjadi kanak-kanak sihat. Begitulah juga anak lembu akan terus membesar menjadi sihat hanya dengan minum susu lembu ibunya. Namun sekiranya anak lembu yang baru lahir diberikan hanya dengan susu rendah lemak, insya-Allah anak lembu ini akan mati menjelang usianya 1 bulan.

Susu adalah satu ciptaan Allah SWT yang sangat sempurna dan ajaib sungguh. Berbagai khasiat perubatan sebagaimana yang telah saya sebutkan seperti mengubati gastrik, ulcer, paru-paru dan pelbagai penyakit lainnya. Adakah dengan membuang komponen lemak yang terdapat di dalam susu lembu ini masih menjadikan susu lembu ini sempurna dan ajaib???

Terdapat dua jenis Vitamin iaitu vitamin yang larut di dalam air dan vitamin yang larut di dalam di dalam lemak. Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Vitamin untuk maklumat berkenaan vitamin secara lengkap.

Kumpulan pertama vitamin terdiri dari vitamin B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, Asid Folik, B12 dan vitamin C adalah larut di dalam air manakala vitamin A, D, E dan K adalah terdiri daripada kumpulan kedua vitamin yang larut di dalam lemak.

Dengan menyingkirkan lemak dari susu, kita bukan sekadar kehilangan lemak namun segala vitamin yang larut di dalam lemak sebenarnya juga telah disingkirkan!.

Kehilangan vitamin-vitamin yang larut di dalam lemak melalui susu rendah lemak adalah satu tragedi. Kekurangan vitamin D sahaja sudah boleh menyebabkan berbagai kesan negatif. Sila baca artikel menarik kesan kekurangan vitamin D ini melalui http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx dan artikel ini ada saya copy paste di bawah ini.

Susu mengandungi segala macam mineral yang diperlukan tubuh badan termasuk kandungan mineral terbanyak di dalam susu iaitu Kalsium dan Phosphorus. Kedua-dua mineral ini sangat diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat. Persoalan seterusnya ialah adakah dengan pengambilan susu rendah lemak ini akan menyebabkan kehilangan lemak dan vitamin yang larut dalam lemak sahaja??? Untuk memahami soalan cepumas ini, marilah kita memahami fungsi vitamin D berikut.

Vitamin D adalah larut dalam lemak. Penyingkiran lemak dari susu samalah juga sebagai penyingkiran vitamin D dan juga vitamin A, E dan K. Fungsi penting vitamin D adalah sebagaimana dijelaskan di dalam wikipedia iaitu membantu penyerapan kalsium dan Phosphorus dari makanan dalam usus kecil.

“•  Vitamin D regulates the calcium and phosphorus levels in the blood by promoting their absorption from food in the intestines, and by promoting re-absorption of calcium in the kidneys, which enables normal mineralization of bone and prevents hypocalcemic tetany. It is also needed for bone growth and bone remodeling by osteoblasts and osteoclasts  ..

•  Absent vitamin K or with drugs (particularly blood thinners) which interfere with Vitamin K metabolism, Vitamin D can promote soft tissue calcification.”

Ini membawa maksud bahawa sekiranya makanan di dalam usus kecil banyak mengandungi kalsium dan phosphorus yang amat berguna bagi tubuh tetapi dengan kekurangan vitamin D, penyerapan ke dalam tubuh boleh tidak berlaku atau sedikit sahaja yang berlaku. Ini membawa maksud, dengan kurangnya vitamin D, makanan yang kaya dengan kalsium dan phosphorus hanya menjadi sia-sia kerana tubuh tidak dapat menyerap secara keseluruhannya. Inilah yang berlaku dalam kes susu rendah lemak.

Susu lembu memang mengandungi banyak mineral termasuk kalsium dan phosphorus tetapi dengan mengambil susu rendah lemak, segala lemak berserta vitamin A. D, E dan K telah turut hilang. Kehilangan vitamin D dan K sebagaimana dijelaskan di atas menyebabkan kandungan kalsium dan phosphorus yang kaya di dalam susu tidak dapat dimanfaatkan oleh tubuh badan. Ini membawa maksud bahawa pengambilan susu rendah lemak menyebabkan:

1. Kehilangan lemak baik dari susu
2. Kehilangan Vitamin A, D, E dan K
3. Kehilangan mineral Kalsium dan Phosphorus kerana tubuh tidak dapat menyerap kesemuanya.
4. Kesan-kesan negatif sebagaimana dinyatakan di http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx termasuk merosotnya tahap kesihatan.

Susu rendah lemak adalah sebenarnya susu cacat yang sudah dibuang komponen penting lemak yang menyumbang peranan yang amat penting dalam kesihatan manusia. Itulah sebabnya ia tidak boleh digunakan bagi kanak-kanak dibawah 12 bulan. Persoalannya ialah jikalau tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 12 bulan, mengapakah ia sesuai digunakan untuk orang dewasa??

Saya tertarik dengan komen ini.

 Klik untuk besarkan imej

Kita semua sedia maklum formula milk banyak memberi kesan tidak elok pada bayi yang kurang 2 tahun ke bawah seperti sembelit. Sebab itulah sebolehnya sebagai ibu berusahalah untuk menyusukan bayi kita sehingga 2 tahun. Bagi ibu yang tidak dapat memberikan susu badan anda jangan merasa lemah semangat, teruskan perjuangan anda untuk memberi yang terbaik. Apa yang saya ceritakan ini tentang diri saya dan tiada niat untuk persoalkan mengapa ibu itu tidak menyusui bayi mereka sendiri (saya bukan orang yang suka memaksa, saya dah sampaikan apa yang sepatutnya saya perlu sampaikan dan PILIHAN di tangan anda). Walaubagaimana pun susu ibu itu adalah tetap yang terbaik!

Ramai yang bertanya apa masalah dengan formula milk? Sebenarnya formula milk telah melalui banyak prosedur memprosesan di mana banyak khasiatnya telah hilang malahan ianya telah ditokok tambah untuk meniru nutrisi susu badan manusia sehingga boleh mencetuskan masalah kesihatan contohnya susu yang ada melamin di China. Bayangkan bagaimana formula milk ditinkan dan boleh diguna bertahun-tahun sedangkan fresh milk melalui proses yang tidak terlalu banyak dan masih terpelihara khasiatnya. Ia tidak melalui proses-proses yang banyak sebagaimana formula milk. Ini adalah pendapat saya sendiri demi hendak melakukan yang terbaik pada Aisyah. Fresh milk atau formula milk itu adalah pilihan masing-masing di dalam memberi yang terbaik kepada anak kita.

* Entri di atas telah di copy paste daripada blog biz saya iaitu mamayangcekal.com

Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah
 

1 September 2012

Payudara Kanan Ialah Makanan, Payudara Kiri Ialah Air

Saya didatangi oleh seorang pegawai wanita  yang belum berkahwin yang bertanyakan benarkah payudara kanan itu makanan dan payudara kiri itu minuman. Sambil tersenyum saya menjawab TIDAK. Saya menerangkan kepada beliau bahawa kompisisi untuk kedua-dua payudara adalah sama iaitu 88% susu ibu kandungannya adalah AIR dan selebihnya LEMAK. Susu ibu terbahagi kepada 2 iaitu foremilk (susu awal) dan juga hindmilk (susu akhir). Kandungan foremilk selalunya adalah rendah lemak, rendah protein dan kebanyakkannya adalah air untuk menghilangkan dahaga bayi kita dan hindmilk pula adalah penuh dengan lemak yang mana membantu mempengaruhi kenaikan berat badan bayi. Lagi lama bayi kita menyusu lagi banyak susu yang berlemak itu dikeluarkan.

the less milk in the breast, the higher the fat content

Mudah je kan tak payah nak pening-pening kepala nak switch payudara nak pastikan bayi kita kenyang minum dan makan. Apa yang Allah jadikan itu cukup lengkap dan kenapa kita sebagai manusia suka memandai-mandai tentang sesuatu perkara yang tidak ada. Jika anda rasa bayi lebih suka menyusu satu payudara sahaja sebaiknya anda perlu check semula bagaimana diet anda seharian.

Boleh refer artikel ini : http://kellymom.com/bf/got-milk/basics/foremilk-hindmilk/


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah


Penyusuan dan Kesuburan

Ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka secara eksklusif masih ragu-ragu dengan kaedah LAM ini. Saya pasti ramai ibu di luar sana tertanya apakah LAM? LAM ialah salah satu kaedah merancang kehamilan secara natural dengan menyusukan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan. Apakah yang dikatakan EKSLUSIF? Eksklusif bermaksud bayi kita hanya menyusu SUSU ibu sahaja tanpa bantuan air masak, susu formula dan sebagainya. Walaupun bagaimanapun kaedah LAM ini akan berjaya dengan syarat-syarat berikut :

Exclusive breastfeeding (by itself) is 98-99.5% effective in preventing pregnancy as long as all of the following conditions are met:
  1. Your baby is less than six months old
  2. Your menstrual periods have not yet returned
  3. Baby is breastfeeding on cue (both day & night), and gets nothing but breastmilk or only token amounts of other foods.
Dengan bahasa yang mudah LAM akan berkesan jika :

1. Baby berusia 6 bulan ke bawah
2. Masih belum didatangi haid
3. Bayi masih menyusu secara eksklusif iaitu tiada bantuan susu formula, air masak mahupun makanan pepejal

Bagi ibu-ibu yang kurang yakin dengan kaedah LAM ini boleh dapatkan pandangan daripada Doktor yang menyokong penyusuan susu ibu. Melalui pengalaman saya sendiri, pil perancang Noriday sangat sesuai bagi ibu-ibu yang menyusukan kerana ia hanya mempunyai 1 hormon sahaja iaitu hormon progestron yang mana ia tidak mengganggu penghasilan susu. Noriday mempunyai dos yang sangat rendah dan sebab itu pengambilan Noriday hanya sampai 6 bulan sahaja dan ibu-ibu dinasihatkan untuk menukar pil lain seperti suntikan Depo Injection selama 2 bulan/3 bulan, penggunaan IUD dan juga penggunaan Implan. Apa pun dapatkan daripada mereka yang pakar akan kesesuaian ibu kerana setiap orang kesan negatif/positif amalan penggunaan pil perancang adalah tidak sama.




Salam Sayang,


Mama Anis & Aisyah

Tahnik

Tahnik bermaksud mengunyah buah kurma atau buah yang seumpama (lazimnya kurma) dan kunyahan itu dimasukkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir dengan menggunakan jari dan mengggerakkan ke kanan dan kiri lelangit bayi. Amalan ini merupakan satu sunnah Rasullah saw sebagaimana dijelaskan di dalam beberapa buah hadis.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari: "Anak lelakiku baru sahaja dilahirkan, lantas aku membawanya kepada Rasullah saw. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu metahniknya dengan kurma dan memohon keberkatan baginya. Setelah itu Baginda menyerahkannya semula kepada ku". (riwayat al-Bukhari no 5467 dan Muslim no. 2145)

Ancaman Kepada Bayi
Saat bayi dilahirkan ke dunia, mereka telah berpindah dari satu alam ke alam yang lain,  iaitu dari rahim ke alam dunia. Mereka terdedah kepada pelbagai kesakitan sebaik sahaja dilahirkan seperti kesejukan, hepatitis B dan kesakitan daripada proses kelahiran kerana saluran yang sangat sempit. Selain itu mereka terdedah kepada ancaman hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah) kerana bekalan gula dalam badan mereka terlalu sedikit. Jika seseorang bayi mempunyai berat badan yang kecil, semakin kecil kandungan gula dalam darah mereka. Biasanya mereka mempunyai sekitar 20-30ml0/100ml paras gula dalam darah. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang agak bahaya kerana bayi akan terdedah kepada serangan hipoglisemia yang boleh akibatkan kekejangan, tidak sedarkan diri, gangguan saraf, lemah otak dan lebih bahaya lagi boleh sebabkan kematian.

Kelebihan Tahnik
Setiap amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasullah saw mempunyai maksud yang amat tinggi nilainya.  Perkembangan bidang neonatalogi (bidang mengenai bayi yang baru dilahirkan) telah membuktikan dengan meletakkan sedikit manisan ke dalam mulut bayi akan memberi manfaat yang sangat besar kepada mereka.

Apabila seseorang bayi dilahirkan  segala keperluan pemakanan yang dibekalkan  oleh ibunya  melalui tali pusat akan terputus. Dalam masa yang sama, dia memerlukan tenaga untuk mengelak masalah di atas. Sesetengah ibu terutama yang melahirkan anak sulung, mereka mengalami masalah kekurangan susu dan kadang-kadang susu hanya dapat dikeluarkan sehingga hari ke-3.

Amalan sunnah mengtahnikkan bayi yang baru lahir dengan kurma memiliki hikmah yang tidak terkira nilainya. Kurma ialah sejenis buah yang kaya dengan peratusan gula (sekitar 70-80%). Ia mengandungi kedua-dua jenis gula iaitu glukosa dan fruktosa.  Ia amat cepat dicerna dan sangat berkhasiat untuk otak. Melumatkan kurma dengan mulut dan bercampur dengan air liur menjadikan ia semakin mudah untuk dicerna kerana air liur mengandungi enzim amilase yang membantu pencernaan gula kompleks kepada gula yang ringkas dan lebih mudah dicerna. 

Amalan tahnik merupakan satu cara pencegahan kepada hipoglisemia dan mengubati kesakitan kepada bayi yang sangat penting yang diajarkan oleh Rasullah saw kepada kita. Tiada ada sesiapapun yang mengetahui hal ini sehinggalah pada hari ini manusia menemui bahaya kekurangan gula pada bayi. Wallahu a'lam.

Rujukan
Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib
Lulusan Universiti Malaysia Sarawak kini bertugas sebagai pegawai perubatan di Jabatan Pembedahan Am, Hospital Selayang. Merupakan Ahli Pemeriksa Kesihatan Jemaah Haji bagi tahun 2009.

Rujukan Majalah SOLUSI isu 27

Sedikit Info Bagi Bayi Pra-Matang
Sesungguhnya disunnahkannya tahnik kepada bayi adalah obat sekaligus tindakan preventif yang memiliki fungsi penting yang sangat, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad Shalallaahu alaihi wasalam secara medis dimana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi.

Dan sesungguhnya bayi yang baru lahir, apalagi jika lahir premature, tanpa diragukan lagi sangat membutuhkan solusi cepat, yaitu memberikan zat gula. Dan rumah sakit-rumah sakit pun kini memberikan kepada bayi dan anak-anak glukosa agar dihisap oleh sang bayi atau anak kecil langsung setelah lahir, kemudian baru setelah itu, mulailah sang ibu menyusuinya.

Sesungguhnya hadits-hadits Nabi Shalallaahu alaihi wasalam yang mulia yang berkenaan dengan tahnik menjadi pintu pembuka cakrawala pengetahuan dunia dalam hal menjaga dan merawat anak atau bayi, khususnya bayi lahir premature.

Premature adalah diantara penyakit yang sangat berbahaya, karena sang bayi memiliki kandungan kadar gula glukosa yang sangat kecil dalam darahnya. Jika diberikan kepadanya zat gula yang siap diserap olehnya, maka itu adalah solusi yang terbaik dan selamat dalam keadaan darurat semacam ini. Tahnik kurma juga sekaligus menjadi mukjizat kenabian Muhammad Shalallaahu alaihi wasalam secara medis, padahal hal itu tidak pernah diketahui sebelumnya, baik pada zaman beliau hidup ataupun pada zaman-zaman sekarang, kecuali setelah dilakukannya sejumlah penelitian pada abad 20-an ini.

Kredit to NABIMUHAMMAD.info

Ulasan
Susu ibu adalah yang terbaik di dunia yang Allah telah ciptakan dengan nutrisi yang lengkap kepada setiap wanita untuk bayi kita. Setiap amalan dan sunnah Rasullah saw pasti ada sebabnya yang harus kita kaji. Kita terlalu fokus dan mengejar misi penyusuan eksklusif seperti tiada sebarang air/makanan yang masuk ke perut bayi berusia yang 6 bulan ke bawah hinggakan amalan mentahnik dan menyuakan sedikit air zam-zam menjadi pertikaian ibu-ibu. Dek kerana nak mengejar title "penyusuan eksklusif" yang Barat ajar kita lupa ikut amalan agama kita. Amalan ini bukan untuk mengenyangkan bayi pun tetapi ia adalah satu sunnah Rasullah saw yang patut kita ikut. Tahukah anda satu kajian telah dibuat atas tajuk Analgestic Effect of Sucrose in Full Term Infants: Randomised Controlled Trial (kesan pengurangan kesakitan oleh gula sukrosas pada bayi) oleh sekumpulan saintis di England. Kajian ini telah disiarkan  dalam The Independent Newspaper (Jun 1995) dan British Medical Journal (Barat juga yang kaji pastu orang Islam ikut sedangkan kita orang Islam tidak mahu mengkaji).

Nota: saya bukan suruh ibu-ibu baru perkenalkan makanan kepada bayi seawal mungkin cuma nak sebarkan amalan dan sunnah Rasullah saw yang bagus untuk kita ikut. Lepas ni jangan ada pertikaian anak aku ni eksklusif ke fully selepas dah bagi kurma atau air zam-zam yang penting beri susu ibu kepada anak semampu mungkin

Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah