30 Disember 2012

Penyusuan Susu Ibu di Karnival BR1M

Sharing Oh Sharing!!!

Saya semasa 24 minggu
Mama Love @ Sha yang menjemput saya

Bersama-sama saya ialah team dari Hospital Seremban yang support penyusuan susu ibu


Jangan tak tahu...ada ibu yang jahil panggil manual bpump Medela tu trompet....*sabarlah aku*


Shaklee for boost susu + jadual pumping 

Karnival yang saya pergi ni bukanlah karnival penyusuan tapi saya dijemput untuk memeriahkan suasana di karnival BR1M ni pada 23 November 2012 lepas di Ampangan, Seremban. Respons? Tak berapa nak respons almaklumlah yang datang pun kebanyakannya dah veteran tapi tak mengapalah as long saya dah berusaha untuk menyebarkan ilmu yang ada dengan rasa tanggungjawab. Bukan mudah nak educate orang especially Malaysia menggalakkan penjualan susu formula secara terbuka. Yang kelakar...ada ibu panggil breastpump manual Medela tu trompet...alahai!! Bagi saya ia bukan halangan pun...lagipun saya bukannya sehari dua duduk di dalam dunia penyusuan dan pelbagai ragam manusia saya dah jumpa semasa buka booth untuk amal mahupun menjual.

Jika ada antara anda yang ingin mengajak saya join booth penyusuan atau memanggil saya untuk buka jualan Shaklee, saya amatlah berbesar hati untuk membantu dan menyokong.



Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Ini Kisah Keluarga Saya

Assalammualaikum semua..

Wahhh dah lama blog saya ni berhabok sana-sini almaklumlah sibuk melayan morning sickness, busy yang teramat di tempat kerja dan banyak lagi hal yang perlu diselesaikan. Di penghujung tahun 2012 ini Insyaallah saya cuba perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada supaya menghasilkan kejayaan yang cemerlang di 2013 nanti.

Actually banyak perkara nak saya share di sini iaitu pemakaian Cloth Pad bagi ibu, misi penyusuan susu ibu untuk anak ketiga yang bakal lahir, pemakaian Cloth Diaper semula, my biz online, projek rahsia dan banyak lagi hehehe. Paling saya teruja ialah saya akan mulakan semula cerita penyusuan saya tidak lama lagi dan itulah sumber ilham saya bagaimana saya mula aktif berblog. Jiwa saya tidak pernah luntur untuk memberi kesedaran pada ibu di luar sana kepentingan penyusuan susu ibu.

Sorry saya memang tak dapat ambil gambar Anis Syahida masa orientasi maybe saya ajak pemalu orangnya dan biasalah kandungan pun dah masuk 27 minggu so kemengahan itu tidak boleh disembunyikan huhu. Alhamdulillah 90% pendaftaran sekolah rendah dan kelas KAFA hampir selesai. Sangat-sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan saya iaitu mulai 2013, SK P11(3) akan mulakan kelas KAFA setiap hari dan tidak perlulah saya pening kepala memikirkan nak cari transit untuk Anis. Tapi yang saya takuti ialah adakah Anis mampu bertahan dari jam 8 pagi - 5 petang....oh oh...semuga diri mu tabah ye anak. Itupun saya berura-ura nak hantar Anis mengaji bersama adiknya Aisyah tapi apa pon saya perlu lihat dulu dalam seminggu dua bagaimana dia menyesuaikan diri dengan jadual waktu persekolahannya.

Harapan saya untuk 2013 ini ialah untuk FOKUS kepada pembelajaran dan sahsiah diri Anis dahulu. Saya mahu beri dan buat yang terbaik untuk Anis supaya dia boleh beri contoh yang baik kepada adik-adiknya nanti. Of course pasti akan ada kelemahan di mana-mana pihak tetapi sebagai manusia yang lemah, kita perlu banyak bersabar, redha dan bersyukur. Bukan mudah nak bentuk Anis ni sebab dia seorang yang sangat sensitif dan mudah give up. Harap Allah beri saya kekuatan sebagai ibu untuk membentuk dan mengajar Anis.  Tahun depan juga saya bakal melahirkan anak ke-3 dalam penghujung bulan 3, ya itu satu cabaran bagi saya untuk handle anak yang sedang bersekolah, 4 tahun dan new born dan saya berharap agar Allah permudahkan dan berikan saya kekuatan. Suami masih belum mendapat pekerjaan tetap setelah bersara dari perkhidmatan tentera sejak Januari 2012 tetapi saya tahu suami saya bekerja keras untuk melakukan apa sahaja pekerjaan bagi menampung rezeki kami sekeluarga. Sekurangnya beliau telah banyak berkorban menjadi Mr. Mama dari bulan 9, 2012 hari itu dan Alhamdulillah memang sangat membantu bagi saya yang mula alami morning sickness.

Seperti biasa, rutin persekolahan akan bermula 2 Januari 2013 ini dah saya harap Allah berikan saya kekuatan untuk saya bangun awal dan bersolat dengan Anis (sebagai pendidikan pertama). Memang saya kena push diri saya bangun pagi untuk sediakan sarapan pagi especially Anis sebab saya tak mahu dia hilang fokus masa belajar dan bagi tenaga untuk dia mulakan jadual baru. Omega Guard akan dimulakan semula untuk menguatkan ingatan, untuk fokus dan antibodi dirinya. Oh, saya bukan memberi suplemen sembarangan ye, saya dapatkan yang terbaik untuk menjaga anak-anak saya. Mungkin agak penat sedikit jika suami ada kerja part time dan saya terpaksa bergegas pulang untuk setelkan Anis di sekolah untuk persiapan kelas KAFA waktu petang. Huhuhu...tough betul tahun depan. 

Doakan semuanya dipermudahkan ye!


Salam Sayang,


Mama Anis & Aisyah

19 September 2012

Cita-Cita vs Angan-Angan

Termenung seketika....
Banyak perkara yang boleh saya capai untuk berjaya
Rasanya saya dah banyak 'tertinggal' berbanding kawan-kawan seangkatan dahulu
Ermmm....kelemahan saya ialah...mudah down dan hilang fokus
Bagaimana cara untuk mendidik hati ini ye...kadang-kadang saya akan jadi serabut tak tentu hala, kadang-kadang terlalu banyak benda difikirkan yang mana saya sendiri jadi LESU
At last.....TIDUR..
Cita-cita tu memang banyak tapi kadang-kadang takut nak bermimpi
Takut mimpi tu tak jadi nyata
Tapi semua orang bermula dengan MIMPI
Kalau tak bermimpi masakan ia akan jadi kenyataan
Huh....lesu memikirkannya

Cita-cita saya...
* mahu berjaya di dalam biz online
* mahu menjana pendapatan 5K
* mahu mengambil cuti tanpa gaji
* mahu kaya

Hilang fokus dan mudah down itu buatkan saya takut
Entahlah..bagaimana nak atasi kelemahan-kelemahan itu
Semuga Allah permudahkan perjalanan saya
Ameennn.....


Salam Sayang,


Mama Anis & Aisyah



18 September 2012

Pengertian EKSKLUSIF dan SEPENUH masa

Assalammualaikum...

Kali ini saya ingin bercerita sedikit makna PENYUSUAN EKSKLUSIF dan juga PENYUSUAN SEPENUH MASA. Bab ni saya nampak ramai ibu-ibu baru dan juga ibu-ibu lama tak berapa faham. Berdasarkan polisi penyusuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, penyusuan EKSKLUSIF ialah penyusuan ibu secara eksklusif di mana bayi kita hanya menyusu susu ibu sahaja tanpa minuman/makanan lain seperti air masak, susu formula, jus, milo, kopi atau apa-apa ajerlah selama 6 bulan(AIR LAIN SAYA TOKOK TAMBAH BAGI IBU-IBU NI FAHAM BETUL). Untuk penyusuan sepenuh masa kita boleh katakan selepas 6 bulan di mana bayi tersebut sudah memulakan solid food dan masih lagi menyusu badan dan diselang-selikan dengan air masak. INGAT, jika selepas 6 bulan anda sudah mulai dengan artificial breastmilk(erti kata lain ialah susu formula) di siang hari, menyusu di malam hari ia bukan dikatakan sebagai PENYUSUAN SEPENUH MASA tapi itu boleh dikatakan PENYUSUAN CAMPUR-CAMPUR hehehehe.

KEPENTINGAN PENYUSUAN SEPENUHNYA(EKSKLUSIF)

1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
2. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi
3. Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
4. Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
5. Mengurangkan alahan
6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu
7. Mengelakkan bengkak payudara
8. Mengeratkan kasih-sayang

BAHAYA AIR DAN SUSU FORMULA BAGI BAYI KURANG 6 BULAN
1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik

2. Tumbesaran bayi akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pelbagai peringkat

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu

5. Bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal  manakala bagi bayi berusia di bawah lima minggu, air yg terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik

Happy Breastfeeding!


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Fresh Milk vs Formula Milk

Cadangan untuk bayi berusia 2 tahun ke atas sahaja

Entri ini ditulis bukanlah untuk mengkritik mana-mana ibu yang memberikan anak mereka formula even anak saya yang ke-2 pun telah pun diformulakan lantaran merundumnya semangat saya untuk mengepam ketika usia Aisyah 1 tahun 6 bulan, cuma saya masih tercari-cari apakah susu yang terbaik selepas susu ibu (susu yang terbaik selepas susu ibu tentulah susu kambing). Pencarian tentang fresh milk ini sangat bertepatan memandangkan saya sendiri masih ragu-ragu untuk memberi Aisyah fresh milk dek kerana kita sendiri dah terbiasa dengan pergantungan susu formula. Saya telah pun memberikan Aisyah formula milk ketika usianya 1 tahun 6 bulan tetapi ia memang menolak 100% tetapi ketika itu saya sedang menghadapi masalah kurang  motivasi dan kerap sakit membuatkan saya mengalah. Walaubagaimana pun saya tetap meneruskan direct feeding hingga usia Aisyah hampir 2 tahun.

Walaupun saya telah mulakan dengan formula tetapi saya masih lagi tercari-cari apakah susu yang terbaik buat Aisyah memandangkan Aisyah mudah sembelit. Pada mulanya saya telah memperkenalkan Aisyah fresh milk semasa ia berusia 1 tahun 5 bulan kerana pada masa itu susu saya mulai merosot memandangkan saya telah pun mengurangkan sesi mengepam dari 3 kali sehari menjadi 1 kali sehari. Ada juga saya terpaksa meninggalkan Aisyah di rumah Emak kerana terikat dengan tugasan dan pada masa itu pula saya memang telah kehabisan stok. Saya telah mengalami insiden susu cair sebanyak 2 kali dan chest freezer pula telah rosak di mana saya terpaksa menumpangkan EBM di rumah kawan dan itulah permulaan semangat saya mulai menurun kerana saya terpaksa berkejar dengan jadual mengepam, pekerja dan melakukan tugasan rumah. Oleh kerana saya juga terpaksa menumpang EBM beku di rumah orang itu membuatkan saya mulai putus asa untuk teruskan mengepam kerana tiada tempat untuk membuat stok beku (saya guna peti ais 1 pintu).
 
Ini yang saya dapat semasa pencarian mengenai fresh milk. Kredit pada blog Laman EMJAY.




Kali ini saya ingin bercerita tentang penipuan segolongan manusia dengan tujuan untuk menjadikan umat manusia kurang sihat disamping mereka mendapat keuntungan kewangan yang lumayan. Penipuan ini dilakukan melalui penghasilan SUSU RENDAH LEMAK / LOW FAT MILK.

Susu seperti susu lembu adalah catu contoh terbaik berkenaan emulsi. Emulsi adalah proses di mana butir-butir lemak terampai di dalam air. Santan kelapa juga adalah satu contoh baik berkenaan emulsi. Lemak memang tidak boleh larut di dalam air dan lemak susu hanya terampai di dalam air.

Bagi sesiapa yang ingin membuat eksperimen mudah pembentukan emulsi, bolehlah mencuba eksperimen berikut. Ambil sedikit ethanol atau sebarang spirit. Masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya dan kacau sehingga larut. Seterusnya masukkan campuran ethanol dengan minyak ini ke dalam air dan akan terbentuklah emulsi minyak yang berwarna putih macam susu atau macam santan kelapa.

Susu memang mengandungi banyak lemak dan itulah sebabnya ia berwarna putih kerana kehadiran butir lemak yang halus di dalamnya, sama seperti santan kelapa.  Apabila susu lembu segar yang baru diperah dibiarkan di dalam gelas yang lutsinar untuk beberapa jam,  butiran lemak di dalam susu ini akan naik ke atas kerana ketumpatannya yang lebih rendah berbanding air. Ini menyebabkan bahagian atas susu ini semakin berminyak dan berwarna putih manakala bahagian bawah semakin kurang berwarna putih. Hasil yang sama seperti ini juga dapat diperhatikan apabila membiarkan santan kelapa di dalam gelas lutsinar.
Dengan mencedok bahagian atas susu yang berlemak dan berwarna putih ini keluar dari gelas tersebut, apa yang terhasil ialah susu rendah lemak atau susu tanpa lemak. Susu lembu atau susu ibu mengandungi kesempurnaan zat makanan. Seorang bayi yang semata-mata menghisap susu ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan lain insya-Allah akan menjadi kanak-kanak sihat. Begitulah juga anak lembu akan terus membesar menjadi sihat hanya dengan minum susu lembu ibunya. Namun sekiranya anak lembu yang baru lahir diberikan hanya dengan susu rendah lemak, insya-Allah anak lembu ini akan mati menjelang usianya 1 bulan.

Susu adalah satu ciptaan Allah SWT yang sangat sempurna dan ajaib sungguh. Berbagai khasiat perubatan sebagaimana yang telah saya sebutkan seperti mengubati gastrik, ulcer, paru-paru dan pelbagai penyakit lainnya. Adakah dengan membuang komponen lemak yang terdapat di dalam susu lembu ini masih menjadikan susu lembu ini sempurna dan ajaib???

Terdapat dua jenis Vitamin iaitu vitamin yang larut di dalam air dan vitamin yang larut di dalam di dalam lemak. Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Vitamin untuk maklumat berkenaan vitamin secara lengkap.

Kumpulan pertama vitamin terdiri dari vitamin B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, Asid Folik, B12 dan vitamin C adalah larut di dalam air manakala vitamin A, D, E dan K adalah terdiri daripada kumpulan kedua vitamin yang larut di dalam lemak.

Dengan menyingkirkan lemak dari susu, kita bukan sekadar kehilangan lemak namun segala vitamin yang larut di dalam lemak sebenarnya juga telah disingkirkan!.

Kehilangan vitamin-vitamin yang larut di dalam lemak melalui susu rendah lemak adalah satu tragedi. Kekurangan vitamin D sahaja sudah boleh menyebabkan berbagai kesan negatif. Sila baca artikel menarik kesan kekurangan vitamin D ini melalui http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx dan artikel ini ada saya copy paste di bawah ini.

Susu mengandungi segala macam mineral yang diperlukan tubuh badan termasuk kandungan mineral terbanyak di dalam susu iaitu Kalsium dan Phosphorus. Kedua-dua mineral ini sangat diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat. Persoalan seterusnya ialah adakah dengan pengambilan susu rendah lemak ini akan menyebabkan kehilangan lemak dan vitamin yang larut dalam lemak sahaja??? Untuk memahami soalan cepumas ini, marilah kita memahami fungsi vitamin D berikut.

Vitamin D adalah larut dalam lemak. Penyingkiran lemak dari susu samalah juga sebagai penyingkiran vitamin D dan juga vitamin A, E dan K. Fungsi penting vitamin D adalah sebagaimana dijelaskan di dalam wikipedia iaitu membantu penyerapan kalsium dan Phosphorus dari makanan dalam usus kecil.

“•  Vitamin D regulates the calcium and phosphorus levels in the blood by promoting their absorption from food in the intestines, and by promoting re-absorption of calcium in the kidneys, which enables normal mineralization of bone and prevents hypocalcemic tetany. It is also needed for bone growth and bone remodeling by osteoblasts and osteoclasts  ..

•  Absent vitamin K or with drugs (particularly blood thinners) which interfere with Vitamin K metabolism, Vitamin D can promote soft tissue calcification.”

Ini membawa maksud bahawa sekiranya makanan di dalam usus kecil banyak mengandungi kalsium dan phosphorus yang amat berguna bagi tubuh tetapi dengan kekurangan vitamin D, penyerapan ke dalam tubuh boleh tidak berlaku atau sedikit sahaja yang berlaku. Ini membawa maksud, dengan kurangnya vitamin D, makanan yang kaya dengan kalsium dan phosphorus hanya menjadi sia-sia kerana tubuh tidak dapat menyerap secara keseluruhannya. Inilah yang berlaku dalam kes susu rendah lemak.

Susu lembu memang mengandungi banyak mineral termasuk kalsium dan phosphorus tetapi dengan mengambil susu rendah lemak, segala lemak berserta vitamin A. D, E dan K telah turut hilang. Kehilangan vitamin D dan K sebagaimana dijelaskan di atas menyebabkan kandungan kalsium dan phosphorus yang kaya di dalam susu tidak dapat dimanfaatkan oleh tubuh badan. Ini membawa maksud bahawa pengambilan susu rendah lemak menyebabkan:

1. Kehilangan lemak baik dari susu
2. Kehilangan Vitamin A, D, E dan K
3. Kehilangan mineral Kalsium dan Phosphorus kerana tubuh tidak dapat menyerap kesemuanya.
4. Kesan-kesan negatif sebagaimana dinyatakan di http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx termasuk merosotnya tahap kesihatan.

Susu rendah lemak adalah sebenarnya susu cacat yang sudah dibuang komponen penting lemak yang menyumbang peranan yang amat penting dalam kesihatan manusia. Itulah sebabnya ia tidak boleh digunakan bagi kanak-kanak dibawah 12 bulan. Persoalannya ialah jikalau tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 12 bulan, mengapakah ia sesuai digunakan untuk orang dewasa??

Saya tertarik dengan komen ini.

 Klik untuk besarkan imej

Kita semua sedia maklum formula milk banyak memberi kesan tidak elok pada bayi yang kurang 2 tahun ke bawah seperti sembelit. Sebab itulah sebolehnya sebagai ibu berusahalah untuk menyusukan bayi kita sehingga 2 tahun. Bagi ibu yang tidak dapat memberikan susu badan anda jangan merasa lemah semangat, teruskan perjuangan anda untuk memberi yang terbaik. Apa yang saya ceritakan ini tentang diri saya dan tiada niat untuk persoalkan mengapa ibu itu tidak menyusui bayi mereka sendiri (saya bukan orang yang suka memaksa, saya dah sampaikan apa yang sepatutnya saya perlu sampaikan dan PILIHAN di tangan anda). Walaubagaimana pun susu ibu itu adalah tetap yang terbaik!

Ramai yang bertanya apa masalah dengan formula milk? Sebenarnya formula milk telah melalui banyak prosedur memprosesan di mana banyak khasiatnya telah hilang malahan ianya telah ditokok tambah untuk meniru nutrisi susu badan manusia sehingga boleh mencetuskan masalah kesihatan contohnya susu yang ada melamin di China. Bayangkan bagaimana formula milk ditinkan dan boleh diguna bertahun-tahun sedangkan fresh milk melalui proses yang tidak terlalu banyak dan masih terpelihara khasiatnya. Ia tidak melalui proses-proses yang banyak sebagaimana formula milk. Ini adalah pendapat saya sendiri demi hendak melakukan yang terbaik pada Aisyah. Fresh milk atau formula milk itu adalah pilihan masing-masing di dalam memberi yang terbaik kepada anak kita.

* Entri di atas telah di copy paste daripada blog biz saya iaitu mamayangcekal.com

Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah