17 Februari 2012

Hyperstimulation atau Power-Pumping

Assalammualaikum mommies semua,

Jom try kaedah ini untuk tingkatkan penghasilan pengeluaran susu kita. 

Hyperstimulation dan power- pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit.  Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi haid, bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan di waktu malam kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangat tinggi dan kandungan susu kita mengandungi lemak yang mana ia lebih pekat dan berfungsi mengenyangkan dan  mempengaruhi kenaikan berat badan (12 tengah malam- 6 pagi). Teknik ini sebenarnya untuk kita mengwujudkan lebih banyak permintaan dengan cara memberi signal kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

How can I increase pumping output?
To speed milk production and increase overall milk supply, the key is to remove more milk from the breast and to do this frequently, so that less milk accumulates in the breast between feedings

Fahami konsep di atas!!!!!!



Salam Sayang,


Mama Anis & Aisyah

Enzim Lipase

Assalammualaikum,

Saya nak share pasal bau tengik ni sebab ramai ibu-ibu tak tahu, silalah baca ye.

Seringkali ibu-ibu baru agak keliru dan ragu-ragu dengan bau tengik susu yang telah dibekukan atau susu perahan yang diperah yang telah diletakkan di dalam peti ais lebih dari sehari. Ini adalah biasa dan bukan kerana susu kita itu telah rosak atau basi tetapi oleh kerana adanya enzim lipase (please refer this link) yang ada di dalam susu kita. Lagi tinggi kandungan lipase itu maka lagi tengiklah bau susu kita itu. Lipase ini adalah enzim yang berfungsi untuk memecahkan/menguraikan lemak yang terkandung di dalam susu itu untuk memudahkan proses pencernaan. Lagi lama susu itu dibekukan/disejukkan akan terbentuklah 2 lapisan lemak di dalam susu kita itu di mana ia bertindakbalas di dalam susu kita. Oleh itu ibu-ibu baru janganlah berasa gusar atau susah hati jika susu kita berbau tengik dan perlu diingat setiap dari kita bau tengik itu tidak sama bergantung kepada individu tersebut dan jangan buang susu tu yer....kerana tengik tidak bermakna susu itu rosak atau basi. Untuk pengetahuaan semua ada satu teknik di mana teknik 'scalding' ini dilakukan sebelum kita membekukan susu kita itu untuk mengelakkan bau tengik itu. Boleh rujuk di kellymom.com (please refer this link).

Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Pengendalian Susu Perahan

Assalammualaikum,

  • Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman
  • Rendamkan bekas yang berisi air susu di dalam air suam
  • Jangan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro, atas dapur dan air panas yang baru masak
  • Jangan bekukan semula susu yang telah dicairkan
  • Susu yang telah DICAIRKAN dan DIPANASKAN bakinya boleh diguna selama 1 jam
  • Susu yang telah CAIR mestilah digunakan di dalam masa 24 jam
  • INGAT! untuk mengekalkan bekalan susu anda, anda perlu menyusu bayi atau memerah susu anda sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Oleh itu, teruskan menyusu bayi anda selepas bekerja, di waktu malam dan pada hari -hari cuti dan jangan lupa memerah susu bila berada di pejabat

Sumber daripada Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Prolactin Receptor Theory

Assalammualaikum,

Teori inilah yang saya tercari-cari selama ini dan akhirnya saya jumpa di blog Hayati, semasa di awal kemunculan ku dipersada penyusuan huhu.  Cuba baca dan fahamkan apa yang saya ingin sampaikan kepada ibu-ibu baru dan tidak berapa baru. Saya sering mendengar dan saya sendiri mengalaminya mengapakah hasil susu untuk ke-2 payudara tidak sama? Nah cuba baca ini ye....

Menurut prolactin receptor theory ini, kekerapan menyusu pada awal-awal peringkat laktasi akan menambahkan pengeluaran susu kerana bertambahnya ruang-ruang reseptor kepada prolaktin didalam kelenjar mamari. Menurut kaedah ini, kadar reseptor setiap sel meningkat pada awal-awal peringkat laktasi dan akan tidak berubah selepas itu, sepanjang proses laktasi berlaku. [Hynds & Tyndale-Biscoe, 1982; Sernia & Tyndale-Biscoe, 1979].

Pakar-pakar laktasi selalu menekan kekerapan menyusu pada minggu-minggu yang pertama kerana rangsangan hisapan dari bayi akan meningkatkan ruang-ruang reseptor. Lebih ruang reseptor yang terhasil, lebih banyak prolaktin boleh dialirkan ke lactocytes seterusnya akan meningkatkan kadar pengeluaran susu pada payudara itu.
Jika kita perasan, kerap dikalangan kita yang tidak seimbang pengeluaran susu untuk kedua-dua belah breast. Kebanyakkannya mesti salah satu lebih banyak dari yang sebelahnya. Pada pendapat saya, ini berlaku kerana pada minggu-minggu pertama penyusuan (waktu dalam pantang) kita lebih selesa menyusu pada belah yang kita selesa. Walaupun kita kata kita sering menukar belah semasa menyusuan, namun secara kita tidak sedari kita sentiasa memulakan pada belah yang kita lebih selesa, apabila selasai sebelah, apabila menawarkan sebelah lagi, sering belah itu tidak disusui dalam tempoh yang lebih lama, mungkin bayi telah kenyang dan sebagainya. Menyebabkan bahagian itu kurang mendapat rangsangan. Jadi lebih kurang ruang reseptor yang terhasil pada belah itu berbanding pada belah yang kita lebih selesa.

Menjadi lumrah bayi yang menyusu pada waktu yang singkat tapi kerap pada awal-awal kelahiran, ini akan meningkatkan prolaktin receptors dengan semula jadinya. Jadi ibu-ibu harus harus menyusukan bayi mereka secara on-demand terutamanya sewaktu dalam pantang. Tolak tepi dahulu kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami :)

Mengikut teori reseptor prolaktin lagi, bila kita tidak kerap menyusu bayi pada mingu-minggu pertama (yang lebih efisyen adalah ketika waktu dalam pantang) akan menyebabkan kurangnya receptor sites (ruang-ruang reseptor) didalam breast dan akan mengurangkan keupayaan pengeluaran susu. Mungkin pada yang tidak kerap menyusukan bayi ketika dalam pantang atau bayi yang telah disupplemen dengan formula, apabila ingin memulakan penyusuan semula setelah 1-2 bulan usia bayi, kadar pengeluaran susu itu agak tidak banyak dan agak lambat untuk melihat kenaikan pengeluaran susu (ketika dalam usaha pemerahan), mungkin ianya berbalik semula kepada teori reseptor prolaktin. Kerana reseptor prolaktin yang terhasil pada awal-awal penyusuan akan tidak berubah/bertambah selepas jangka masa tertentu.


Begitu juga pada ibu-ibu yang menggunakan breastpump untuk mencetuskan pengeluaran susu, terutama bagi ibu-ibu yang mengalami kelahiran pramatang, atau bayi yang mengalami situasi-situasi khas seperti sumbing, tongue-tie dan sebagainya. Konsep yang sama cuma berlainan mekanisma iaitu pemerahan secarap kerap sekurang-kurangnya 10 hingga ke 12x sehari pada awal-awal peringkat laktasi.

 
****************************************************************************
Adakah anda faham dengan penerangan yang diberi di atas tadi. Saya selalu mendengar ibu-ibu mengepam bila payudara terasa berat atau bengkak. Sewaktu di zaman kegemilangan saya dahulu, saya berusaha untuk mengepam 3-4 kali sehari di pejabat tidak kiralah samada bengkak atau tidak. Kerana lebih kerap kita mengosongkan payudara maka lebih banyak penghasilan susu akan berlaku. Sebenarnya di awal kelahiranlah kita perlu kerapkan direct feeding dan mengepam untuk seimbangkan pengeluaran susu kedua-dua payudara dan kita akan dapati susu kita akan 'maintain' hingga ke misi seterusnya. Apa pun jika ibu ingin berjaya sehingga ke-2 tahun janganlah mudah putus asa dan teruskan usaha yang gigih untuk beri yg terbaik buat si comel tersayang.
Salam Sayang,
Mama Anis & Aisyah

15 Februari 2012

Growth Spurt (beralih bulan)

Growth Spurt terjadi kepada baby yang berusia di bawah usia satu tahun.
Biasa berlaku semasa usia baby 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan and 9 bulan (berbeza mengikut baby anda – more and less).
Growth spurt akan berterusan sehingga bayi anda menjadi toddler dan seterusnya teenagers.
Ianya juga berlangsung selama 2-3 hari dan kadang kadang sehingga seminggu.Apa yang berlaku ialah, baby lebih kerap menyusu dan lebih fussy daripada biasa.
Dan biasanya bila ‘orang lama’ nampak, mereka akan kata bayi tak kenyang kenyang minum susu ibu dan perlu ditopup dengan susu formula.
Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah, bayi anda memerlukan lebih susu untuk tumbesaran fizikal dan skills (seperti merangkak, berpusing setempat,membebel berbual dan tersenyum)
Dan susu anda sentiasa ada dan cukup untuk sikecil :D Magisnya, susu anda akan semakin bertambah mengikut keperluannya.
Sila educate pasangan anda mengenai Growth Spurt supaya bila baby anda fussy melampau, anda dan pasangan akan lebih tenang faham “oh oh, anakku sedang mengalami Growth Spurtnya..”
Jangan terburu buru memberinya susu formula mahupun makanan tambahan (sebelum usianya 6 bulan).
Makan dan minum secukupnya untuk memberikan (dan menghasilkan) yang terbaik utk anak kita..:loveliness

Ini saya petik ciloks dari penerangan blog Puan Suraya dan juga rujukan saya di growth spurt.



Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah