8 Ogos 2012

Bacaan Penyusuan



Itu adalah di antara buku-buku rujukan saya di dalam penyusuan dan juga buku motivasi untuk berfikiran positif. Buku yang paling saya suka dan sayang ialah Quranic Law of Attraction yang mana ia menceritakan tentang hukum tarikan yang mana ia membawa cas positif dan juga cas negatif. Kalau dalam English anda boleh mencari buku Law of Attraction. Buku tu simple je dan mudah difahami. Saya sarankan ibu beli buku Quranic Law of Attraction sebab ia boleh diaplikasikan di dalam penyusuan kita. Untuk menjadi ibu  yang berjaya kita mesti setkan di dalam minda semenjak hamil lagi akan kemampuan kita untuk menyusu. Bagi saya tiada ibu yang tidak boleh menyusukan kecualilah di atas sebab-sebab tertentu seperti tiada buah dada atau pesakit AIDS. Setiap tubuh badan kita Allah dah jadikan terbaik sesuai dengan fungsinya.

Kebanyakan ibu-ibu baru lebih menumpukan perhatian untuk membeli peralatan bayi seperti sarung kaki dan sarung tangan yang sama warna, stroller, katil bayi dan sebagainya tetapi tidak punya inisiatif untuk menggali ilmu penyusuan kerana mereka menyangka menyusu itu adalah MUDAH. Semasa hamil inilah banyakkan mencari ilmu di internet, melalui bahan bacaan, pergi kelas penyusuan dan juga dapatkan maklumat yang betul di tempat anda membuat pemeriksaan kehamilan seperti Klinik Kesihatan Kerajaan. Ada certain places disedikan kelas antenatal yang mana mendedahkan ibu baru mengenai penyusuan.

Tetapi saya berbangga kerana sekarang terlalu banyak ibu yang mula sedar akan kepentingan penyusuan. Di mana-mana sahaja terutama di pejabat kerajaan ramai ibu yang menggalas cooler bag dan breastpump dan bagi saya pula ia sangatlah membanggakan. Ayuh ibu..kita memartabatkan penyusuan susu ibu di Malaysia.

Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah

Tip Tingkatkan Penghasilan Susu

Seringkali saya menerima mesej daripada ibu-ibu baru yang menyatakan susu mereka semakin berkurangan dan apabila ditanya usia bayi mereka kebanyakannya tidak sampai 6 bulan. Untuk pengetahuan ibu-ibu pada usia 6 bulan pertama hormon prolaktin kita tersangatlah aktif dan tinggi. Bagaimana untuk mengaktifkan hormon prolaktin ini? Mudah sahaja iaitu dengan membiarkan bayi menghisap payudara kita sebanyak mana dan selama mana yang dia mahu. Tahukan ibu bahawa setiap kali penyusuan berlangsung kadar prolaktin akan meningkat 10 kali ganda dan kandungan prolaktin sangatlah tinggi sewaktu malam. Saranan saya ialah perbanyakkan mengepam pada waktu malam iaitu dari jam 12 tengah malam hingga ke Subuh (kalau dah mengepam waktu malam tu cuba-cubalah buat solat sunat agar dipermudahkan perjalanan penyusuan).








Penerangan (bahasa pasar je)
Setiap ibu mempunyai berjuta-juta alveoli yang mana ia seumpama buah anggur. Di dalamnya terdapat banyak reseptor-reseptor prolaktin yang mana ia menghasilkan susu. Apabila saluran alveoli itu padat dengan susu makan dengan itu ibu akan merasa payudara mereka berat atau bengkak susu jika tidak dipam. Duct pula adalah saluran susu di mana susu akan melalui saluran itu dan bayi kita perlu menghisap di bahagian aerola agar susu dapat dikeluarkan. Kebanyakan ibu baru mengalami masalah puting susu merekah atau menggelupas apabila posisi menyusu itu tidak betul. Pastikan bayi anda menangkap aerola iaitu kawasan hitam dan bukannya puting kita.

Tip Perbanyakkan Penghasilan Susu
  • Kekerapkan mengepam/memerah atau menyusu. Pam 2 jam sekali, buat 4 sesi di pejabat (kalau boleh) dan tambahkan sesi mengepam di rumah lagi. Fahami asas penyusuan di mana lebih banyak kita keluarkan susu lebih byk susu terhasil.
  • Pastikan bayi menyusu dengan lekapan yang betul. Perhatikan bagaimana bayi anda menyusu dan pastikan ia menghisap aerola bukan menghisap puting payudara. Jika salah lekapan ia akan membuatkan puting payudara tercedera dan menyukarkan lagi penyusuan.
  • Buat power-pumping.
  • Tawarkan kedua payudara setiap kali menyusu. Jika dengan sebelah payudara sahaja bayi sudah kenyang pastikan anda mengepam di sebelah payudara lagi.
  • Guna pam payudara bergred hospital seperti Spectra3, Medela yang berelektrik dan ada double pumping untuk meningkatkan hormon prolaktin. Hormon prolaktin ialah hormon yang merangsang penghasilan susu.
  • Banyakkan direct feeding apabila di rumah. Elakkan memberi susu melalui botol susu atau puting. Hisapan dari mulut bayi adalah 'pam' yang terbaik.
  • Banyakkan minum air masak, ambil makanan yg kaya dengan protein, kalsium, zink, karbohidrat untuk penghasilan susu.
  • Ibu kena banyak berehat dan bertenang. Kalau boleh ambil cuti 2,3 hari untuk banyakkan direct feeding dengan bayi. 
  • Menukar posisi penyusuan agar bayi tidak mudah jemu dan untuk mencari kelesaan agar penyusuan akan berjalan dengan lancar. Anda juga boleh membuat breast compression iaitu sambil anda menyusu atau mengepam, buat urutan di payudara agar susu akan keluar dengan lebih lancar.
  • Mengepam selepas penyusuan direct feeding dengan bayi. Your aim in pumping is to remove more milk from the breasts and/or to increase frequency of breast emptying. Jangan dikisah sangat berapa yang ada dapat selepas menyusu yang penting ialah banyakkan rangsangan.
  • Pesan kepada pengasuh anda lagi 1 jam anda ingin sampai di taska jangan beri EBM di dalam botol. EBM yang lebih boleh disimpan untuk keesokkan harinya. 
  • Pengambilan penggalak susu adalah perkara yang terakhir selepas usaha-usaha di atas anda telah lakukan. Jika anda ingin mengambil ubat pastikan anda mendapatkan daripada doktor yang berkelayakan dan menyokongan penyusuan susu ibu.
 Salam Sayang,

Mana Anis & Aisyah

2 Ogos 2012

Kumpulan Sokongan Ibu-Ibu Menyusu (KSIM)

Salam warga bloggers,

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA!!!

Saya nak war-warkan forum Kumpulan Sokongan Ibu-Ibu Menyusu di ruangan FB yang mana saya yang create untuk membantu ibu yang menghadapi masalah penyusuan dan memberi penjelasan salah faham pengambilan suplemen semasa menyusu. Jika anda yang berminat untuk join group ini boleh add dengan saya dahulu di FB iaitu Azrina Mohd Tajul Ariffin (Shaklee) ye.

Klik Untuk Perbesarkan Imej

Bersama-sama kita memartabatkan penyusuan susu ibu.


Salam Sayang,


Mama Anis & Aisyah

Saya Hamil Kembali


Alhamdulillah berita gembira buat kami sekeluarga, akhirnya saya hamil setelah hampir 3 tahun 5 bulan saya 'membujang'. Kini Anis Syahida berusia 6 tahun dan Aisyah Humaira' berusia 3 tahun 5 bulan. Memang rezeki saya setiap kali hamil memang tak banyak karenah, setiap perancangan saya pasti menjadi, memang murah rezeki saya *wink*. Untuk kehamilan yang ke-3 ini saya berharap sangat untuk mendapat lelaki tetapi jika Allah bagi juga perempuan, saya terima dengan redha. Paling mengharap ialah suami saya dan dia yang menyuruh saya untuk hamil semula.

Cuma pengalaman kali ini agak mencabar saya kerana saya telah buat UPT 2 kali genap hari yang sepatutnya saya datang period dan saya juga mendapat pengesahan Doktor 2 kali dan kedua-duanya saya scan kerana tidak berpuas hati dengan jawapan Doktor di Klinik Az-Zahra, Bangi. Kali pertama hati saya dan suami hancur luluh kerana Doktor mengatakan UPT saya menunjukkan 50-50 kerana second line timbul tak terang (walhal dalam hati saya cukup mengatakan saya pregnant kerana line ke-2 sangat terang). Setelah tidak berpuas hati saya di scan tetapi tak nampak apa-apa. Memandangkan period saya yang sebelum ini memang ke laut dan jadi tunggang-langgang Doktor dengan mudah menyatakan susah nak tahu hari subur. Marahnya hati saya sebab Doktor yang bercakap dengan saya itu menunjukkan ia tiada knowledge langsung (FYI, doktor muda lelaki ye). Eh...ibu yang eksklusif menyusu pun boleh terpregnant tau inikan saya period yang ke laut seminggu 2 minggu. 

Second time, saya buat check-up di Klinik Jameaton di Seri Kembangan dan Alhamdulillah saya CONFIRMED mengandung. Mengikut perkiraan kandungan saya sudah pun 5 minggu dan dijangka bersalin pada 2 April 2013. Mungkin terlalu untuk saya berasa gembira tapi ialah...dah nama pun IBU..walau dah beranak 2 excitednya macam first time hamil hehehe. Sekarang pun mula dah ketagihan bershopping online huhu. Apa pun saya harap Allah permudahkan perjalanan kehamilan saya dan juga penyusuan saya. Saya berharap untuk baby ini saya akan buat lebih baik dan terbaik.

p/s : dah mula sakit pinggang, mengah dan kadang-kadang rasa penat


Salam Sayang,

Mama Anis & Aisyah